Suara Sekularis Melayu-Islam – Rahmat Haron

 

note: sebuah artikel untuk suaranum.com (currently dormant)

link asal: here

Lama saya memikirkan untuk menuangkan perkara yang bermain dalam kepala otak saya ini ke dalam sebuah tulisan, untuk tatapan umum. Bila saya mula menulis, rasa takut dan gementar mula mengalir. Segala macam hantu dan bayang-bayang muncul sekonyong-konyongnya. Apatah lagi tulisan saya ini bakal menyangkut persoalan agama, negara dan Islam. Kenapa saya boleh jadi takut?
Biarpun isu negara Islam Pas kelihatannya begitu kontroversi sekali, hingga berjaya sedikit sebanyak meruntuhkan keghairahan Barisan Alternatif. Saya tidak terlalu gusar dengan pandangan puak-puak konservatif Islam yang berada di barisan pembangkang, seperti Pas. Kerana mereka tidak punya kuasa mutlak, jentera negara. Misalnya, polis tidak mengikut arahan Pas. Ataupun Pas tidak berkuasa menahan saya tanpa bicara. Mereka mungkin hanya punya pengaruh. Pengaruh ke atas pandangan umum. Itu tidak akan membuatkan kemerdekaan peribadi (individual liberty) saya dirampas, kecualilah mereka dapat menang pilihanraya dan memerintah negara (suatu hal yang menjadi kemustahilan rasa-rasanya). Jadi, Pas, tidak akan membuatkan saya berdepan dengan risiko pemenjaraan dan hukuman nyata. Dasar atau rangka negara Islam Pas masih diperingkat cita-cita. Harapan, suatu subjek bukannya objek.

Dalam bentuk pentadbiran authoritarian moden Malaysia, rasa takut itu tambah menebal dengan segala kemungkinan berlegar-legar. JembaIang ISA, undang-undang, polis, mahkamah dan bermacam-macam lagi. Kerana jelas, saya di pihak yang tak punya kuasa dan pihak yang berkuasa itu pula, pastilah negara, pemerintahan BN dan diktator Mahathir Mohamad. Dan saya memang manusia penakut. Tetapi saya percaya kepada prinsip kebebasan bersuara dan kemerdekaan berfikir. Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyemarakkan wacana politik Islam yang sengit dan juga kadang-kadang membingitkan telinga.

Saya akui telah banyak tulisan pro-sekular yang menulis tentang politik Islam ini. Tentang persaingan merebut Islam antara Umno dan Pas. Tetapi seingat-ingat saya, lebih banyak kiranya tulisan yang menghentam Pas dan para ulamanya. Simpati saya terhadap Pas jelas, bukan kerana agenda, taksiran dan cita-cita perjuangan Islamnya. Tetapi kerana mereka berdepan dengan penindasan yang keras dari jentera negara. Dan saya tidak bersimpati pula kepada Umno sebab ianya parti dominan kelas pemerintah yang bertindak menindas (ditambah dasar Islam konservatifnya yang tak banyak berbeza dengan Pas).

Saya percaya, kepercayaan adalah suatu hal yang sangat peribadi sifatnya. Tidak ada sesiapapun yang boleh memaksa untuk seseorang itu mengikut dan menganut satu-satu kepercayaan.

Justeru kemerdekaan peribadi ini tidak perlu dihalang atau ditindas. Tetapi ini hanyalah kata-kata saya. Bukan kenyataan yang kita depani saban waktu. Sekularisme memang sedia tertanam sebagai kata yang siap berkonotasi negatif, ia jadi bom yang memusnahkan hujah dan logik akal budi manusia.

Saya kira satu perkara yang perlu dijernihkan berhubung hal sekularisme di Malaysia ini, adalah soal campurtangan negara, dengan menggunakan agama dalam kehidupan peribadi manusianya. Malah agama -selain nusa dan bangsa- menjadi sebab atau punca segala tindakan, dasar-dasar, undang-undang mahupun penindasan yang dibuat pemerintah. Seolah-olah manusia tidak punya upaya untuk bertindak dan memutuska jalannya sendiri. Ataupun sebenarnya, agama, nilai moral dan adat ketimuran hanyalah dalih, sebab dan alasan untuk menghalalkan segala tindak-tanduk serta perlakuan jentera negara yang dimotori elit pemerintah.

Sejauhmana campurtangan negara dalam urusan peribadi manusia di Malaysia ini? Kalau tidak silap sehingga ke atas katil di bilik tidur. Tangan kasar negara meraba jauh masuk ke dalam ruang milik peribadi seseorang warganegara itu.

Oh, saya terlupa, perkara ini khusus untuk mereka yang dilahirkan dan didaftarkan sebagai Melayu Islam. Satu golongan yang sejak lahir di dikriminasikan secara hukum daripada bebas mengamalkan kemerdekaan peribadinya. Untuk mereka yang bernasib baik, lahir sebagai bukan Melayu Islam, saya dapat faham mengapa mereka begitu risau dengan agenda anti-sekular, negara Islam Pas. Malah saya juga meragui perjuangan sekularisme seperti yang dilaungkan DAP, kelihatan – yang tersurat, yang tersirat tak dapatlah saya melihatnya- mereka hanya menumpukan hak untuk kelompok bukan Islam menikmati kebebasan dan kemerdekaan peribadinya. Contohnya, hak untuk ‘makan babi’, hak untuk ‘minum arak’ dan menikam ‘loteri’. Jadi golongan yang lahir sebagai Melayu Islam, kemudiannya langsung tak dapat menikmati hak-hak ini. Dan saya kira, mereka yang dilahirkan sebagai Melayu Islam setelah melalui proses sosialisasi, pengalaman, pendidikan dan pembacaannya, juga punya hak untuk menjadi apapun, sebagai pilihan peribadinya. Kerana sekularisme tidak menjadikan mereka yang lahir sebagai Melayu Islam sebagai kekecualian praktisnya. Seharusnya dia bebas memilih untuk menjadi Islam, untuk menjadi atheis, untuk menjadi agnostik dan untuk memilih anutan agama-agama lainnya. Pilihlah apapun; agama, atheisme dan kepercayaan-kepercayaan yang ada, sejauh ia tidak akan menyebabkan campurtangan negara ke dalam hidup peribadi.

Bukan saya tidak mahu bercakap soal dasar Pas, yang anti sekular itu. Tetapi saya sudah muak dengan hal itu. Saya sudah jemu membaca hal sedemikian. Biarpun Pas berkuasa di dua negeri tetapi kita semua tahu, hukum hudud masih belum terlaksana. Tiada yang putus tangannya akibat mencuri, tiada pasangan yang luka-luka disebat 100 kali di khalayak ramai akibat ‘berzina’. Pas dan segala agenda negara Islamnya masih tersekat di peringkat dasar dan cita-cita perjuangan parti itu. Benar, Mak Yong diharamkan di Kelantan, itu tak ada bezanya seperti kerajaan Melaka mengharamkan konsert rock Amok atau tindakan DBKL menarik balik permit pementasan ‘monolog burit’ (Vagina Monologue). Kedua-duanya sama dan wajar dikritik kerana melanggar hak manusia. Baru-baru ini kecoh soal rang undang-undang hudud di Terengganu misalnya. Tetapi melihat kepada sistem yang ada, saya yakin ia tidak akan berjaya di laksanakan.

Pencerobohan ruang peribadi oleh negara dengan beralasankan agama, memang jelas sebagai unsur anti sekular yang represif. Berapa ribu manusia di Malaysia ini yang telah menjadi korban undang-undang anti-sekular negara? Berapa ramai -manusia yang dilahirkan sebagai Melayu Islam- yang telah diperkosa kemerdekaan peribadinya kerana dosa ber’khalwat’, ber’zina’, minum ‘arak’ atau mempraktikkan kebebasan seksualiti mereka?

Hal-hal sebegini merupakan suatu praktik kemerdekaan peribadi yang tidak sepatutnya diberi hukuman oleh negara. Tetapi inilah kenyataannya. Sebuah kenyataan yang cukup mengerikan. Isu panas Ketua Puteri Umno Azalina Osman cukup dekat dengan tujuan perbincangan tulisan ini. Tabloid Perdana Sari pimpinan pengarang ‘pop Malaysia’ Khalid Jafrie mendedahkan praktis dan orientasi seksual Azalina. Tersiarlah kisah Azalina menjadi lesbian, berkasih dan bercinta dengan kaum sejenis. Ia cukup sensasi. Cukup ‘pop’ gitu. Tidak adil rasanya untuk mengaitkan moral, seksualiti dan kegiatan seks Azalina yang didakwa sebagai lesbian itu sebagai bukti penyelewengan kuasa ataupun penyimpangan tanggungjawab awam. Sama ada Azalina seorang lesbian atau tidak, itu tidak penting dan tak menjadi soal. Itu haknya untuk memilih, sebuah praktis kemerdekaan peribadi. Tak ada orang boleh menghukum atau memaksa Azalina menjadi homoseksual, biseksual atau heteroseksual. Bagaimanapun dalam kes Azalina ini, hal yang perlu diberi perhatian serius adalah dakwaan pembelian sebuah kereta mewah berharga RM 300’ 000 dengan menggunakan dana Puteri Umno.

Saya kira masih belum ada lagi tulisan yang mengkaji atau cuba menghuraikan tindak-tanduk anti-sekular oleh jentera negara yang menindas kebebasan peribadi manusia (khususnya mereka yang dilahirkan sebagai Melayu Islam) di Malaysia ini.

Saya cukup meragui, kejujuran dan keihklasan atau mungkin keberanian para penulis yang selama ini lantang memperjuangkan sekularisme itu. Kerana apa? Kerana yang asyik digugat dan dicabar adalah Pas dan dasar-dasarnya. Kenapa tidak mencabar undang-undang syariah sedia ada, Jais, Jaij atau lebih tepat lagi tampuk kekuasaan negara?

Keraguan saya, adalah mereka (para ‘penulis sekular’ itu) hanya berani mencabar ulama-ulama konservatif yang terkait langsung dengan Pas, kenapa tidak mencabar struktur undang-undang dan penguatkuasaan negara yang jelas merupakan campurtangan negara ke atas kehidupan peribadi manusia dengan menggunakan alasan agama. Umno sejak merdeka lagi telah memerintah atas nama agama dan ras. Menginstitusikan agama ke dalam sebuah bentuk rasmi perundangan serta tatacara hidup bernegara dan bermasyarakat, khususnya terhadap mereka yang dilahirkan sebagai orang Melayu Islam. Ia telah menjadi suatu nilai kebenaran mutlak yang wajib dipatuhi, di’akujanji’kan dan diikuti tanpa boleh menyoal kenapa? Menyoal bererti pembelotan, pengkhianatan dan kemurtadan yang tak ada maaf. Bagai terperangkap di dalam lingkaran syaitan kemiskinan yang tak ada jalan keluar, berpusing-pusing makin jauh, makin laju dan makin melemah. Akal budi dan nilai kemanusiaan tak dianggap penting lagi. Sesiapa yang cuba bertanya, bersiaplah mengalami sebuah proses perendahan martabat dan kehinaan. Benar juga kata-kata yang selalu disiulkan sebagai penganan di kalangan para aktivis dan pejuang kebenaran, “kebebasan tidak diberi secara percuma, ada harga mahal yang terpaksa dibayar”. Tetapi siapa yang sanggup membayarnya. Pemberontakan. Tetapi ia memakan korban.

Suatu hal berhubung praktis kemerdekaan peribadi ini adalah kuasa modal. Kuasa yang didorong oleh perkembangan pasar kapitalisme di Malaysia. Kuasa yang saling bercelaru dalam struktur kekuasaan politik negara. Modal dan kelas memainkan peranan penting dalam praktik kemerdekaan peribadi. Lebih tinggi status kekuasaan politik dan ekonomi lebih banyak ruang kemerdekaan peribadi yang dimiliki. Suatu bentuk kemerdekaan palsu yang dibeli dengan wang, kekayaan dan hubungan kekuasaan.

Kita ambil contoh fenomena sosial ‘bohsia’ dan pasangan ‘bohjan’ suatu masa dulu. Anak-anak muda yang cuba merayakan kebebasan seksual mereka itu, ditindas dari segala sudut. Cap, label dan hukuman pun berterbangan hinggap di dahi mereka ini. Walhal, buat golongan korporat dan datuk-datuk, mempunyai perempuan simpanan itu sudah hal biasa. Tetapi bezanya, mereka perlu membayar untuk menikmati kemerdekaan peribadi itu. Perlu melabur. Perlu menjadi sugar daddy. Perlu bayar sewa kondominium dan segala macam insentif lainnya. Tetapi anak-anak muda itu hanya mahu berseronok, menikmati dan meneroka alam seksualiti mereka. Dan mereka tidak mampu hendak membayar kondominium mewah, cukup sekadar persetujuan dan kerelaan untuk sama-sama suka menikmati seks. Tanpa ada pertukaran nilai antara wang dan seks. Yang bertukar hanyalah cairan badan. Asli dan seratus peratus semulajadi sebagai kehendak tubuh.

Begitu jugalah saya kira, hubungan struktural di antara golongan sekularis anti-Pas ini dengan elit pemerintah negara. Berkatalah sebanyak mana, perjuangkanlah sekularisme tetapi asalkan jangan menyentuh hal pokok fungsi negara, ia tidak akan menjadi soal. Paling kurangpun hanya ‘cubitan manja’ memorandum Persatuan Ulama Malaysia. Risikonya tidaklah setinggi tangkapan ISA dan perlu mendekam dalam penjara.

Jelas, majoriti golongan sekularis ini, pro-pemerintah dalam persaingan politik agama di antara Umno dan Pas. Yang membezakan Umno dan Pas, bukanlah Umno itu sekular dan Pas itu anti-sekular. Kedua-duanya anti-sekular. Kedua-duanya konservatif dan represif. Tetapi yang membezakan Pas dan Umno adalah satu berkuasa dan satunya tak punya apa-apa (biarpun menguasai dua negeri). Kuasa tidak datang tiba-tiba. Kuasa muncul kerana dokongan jentera negara. Seperkara lagi, golongan ini mungkin mendapat faedah langsung dari kekuasaan rejim yang ada. Mungkin juga perlindungan. Jadi ruang dan kepentingan yang diperolehi dari “status quo” yang ada ini perlu dipertahankan. Akhirnya mereka terhisap menjadi sebahagian dari sistem “status quo” ini. Mereka selesa dengan Umno, BN dan pemerintahan Dr. Mahathir. Sebab itu mereka jadi kacau, ragu-ragu dan berasa tidak terjamin dengan agenda politik Islam Pas. Walhal, agenda politik Islam “status quo” sedia ada tak kurang ‘lemak’nya. Jadi dengan menjadi sekularis pro Umno, maka kemerdekaan peribadi golongan sekularis itu sendiri terjamin. Yang cuba dijamin bukanlah kemerdekaan peribadi semua manusia tetapi hanya segelintir sahaja yang punya hubungan langsung dengan elit pemerintah. Sambil menyelam minum air, sambil mengkritik sambil mengipas, yang pentingnya diri terlepas. Akhirnya manusia di bumi ini, tetap tidak merdeka dan bebas.

END.

RAHMAT HARON, ialah mahasiswa Universiti Bangsar Utama (UBU). Sebuah universiti bebas dan percuma, dibina sebagai pusat keilmuan, pengetahuan, maklumat dan pembudayaan masyarakat. Di UBU tidak ditawarkan pentauliahan kertas berbentuk ijazah atau sijil-sijil. UBU menawarkan perkongsian pengalaman, keterbukaan, wacana dan hubungan kemanusiaan. UBU bukanlah inisiatif atau milik anak-anak muda Melayu. UBU adalah anak semua bangsa, di bumi manusia. UBU adalah sebuah perkumpulan anak-anak muda progresif – demokratik, dengan cita-cita reformasi untuk sebuah Malaysia baru yang bersih dan jernih dari segala macam kecelaruan politik lama. UBU menghormati perbezaan dan mencermati kesetaraan serta kesamaan. UBU merupakan percubaan peribadi-peribadi, orang perorangan berserta kelompok untuk bangun, hidup dan bernafas sebagai manusia. Rahmat sekarang bertugas sebagai wartawan di RadiQRadio – sebuah program berita radio independen Malaysia.

8 responses to “Suara Sekularis Melayu-Islam – Rahmat Haron

  1. bacalah doa ini selalu dan fahamkan dahulu.

    “Selawat dan Salam kpd Nabi Muhammad saw, Pemimpin sejati.”

    Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, kepunyaan ALLAH nama-nama Yang Baik.

    Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya Zal Jalaali wal Ikraam,

    Ya ALLAH, Kemenangan itu adalah memperjuangkan Islam.
    Islam pelengkap cara hidup untuk selamat di dunia dan di akhirat.

    Ya ALLAH, telah lama pihak kuffar menguasai dunia, keangkuhan & ingkar mereka kepada Risalah yang dibawa Muhammad saw sangat nyata, dunia semakin panas, kacau dan tiada sejahtera, manusia dibiarkan rosak akhlaknya, keamanan sejagat tidak pulih malah makin huru-hara, yang lapar miskin terbiar tidak terbela, yang kaya bersuka-suka hingga lupa dunia ini sementara, yang banyak kuasa menceroboh menganiaya, penipuan pemalsuan ala yahudi dilakukan tanpa sekelumit perasaan malu & dengan muka selamba, penyelewengan & rasuah berleluasa atas nama main-main & terbiasa, kemungkaran digalak membiak, rakyat ralit, leka & lagha dengan banyaknya hiburan & hilai ketawa, manusia makin lupa daratan hanyut dibawa arus dunia, bila pilihan raya untuk memilih ketua negara daftar undi ada yg dipalsukan & monopoli media ala yahudi dgn maklumat berat sebelah jadi kelaziman, manusia buat-buat tak kenal mana yg benar dan mana yg salah hingga mereka sesat, yg salah ditegak untuk jadi benar, yang benar pula dipandang enteng & disalahkan, siapa yg berkuasa itulah benar walaupun menyeleweng, merampok & menipu, manusia lupa bahawa “menang tipu, elaunnya haram, rakyat tak restu, pemerintahan meragam”, penyimpangan ke jalan salah dilakukan kunun banyaknya masa untuk surut kembali, manusia telah hilang pedoman, berkat makin tiada; pemimpin dunia khususnya kuffar sekular yg jaguh demokrasi dunia, amerika, yahudi, britain, israel, kuncu & kongsi gelap mereka, semakin gila kuasa, tamak, menceroboh, menganiaya dan membunoh manusia, mereka tidak endah dosa besar kerana telah kemarok duit & minyak, asyik mencuri hasil bumi negara orang dari zaman dahulu sampai sekarang, merompak & sibuk menimbun harta kotor dari kuasa yg dipinjamkan itu, hingga kemurnian jiwa dan kebajikan manusia terabai, sebab sang penguasa telah mabok dunia; Ajaran Islam untuk sejahterakan manusia dikepung dari segala sudut, Hukum dan syariat Islam dicemuh, Islam dicaci dan dihina, Umat Islam disindir, Negara Islam diancam, dicengkam, dilemah dan dipermainkan, Harakah Islam dipencilkan, Pemimpin Islam berwibawa ditekan dan pejuang Islam ditindas secara halus dan nyata, Sesungguhnya Ya ALLAH, kami dah lihat penguasaan amerika, yahudi, britain, israel, barat & kuncu mereka itu dan kami dah tahu kelaku mereka, kemana nak dibawa manusia, oleh itu Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu dan memohon, “Janganlah anak cucu mereka diberi & dipinjamkan kuasa lagi kerana kami tak mahu anak cucu kami merasai apa yg kami rasa, dihina, ditipu & ditindas mereka lagi” Amiin, Maka Ya ALLAH, Engkau gentarkan dan kalahkan musuh & penentang Islam, kembalikan tipudaya mereka, hilangkanlah semua kuasa yg Engkau pinjamkan kepada amerika, yahudi, britain, israel, barat & kuncu mereka hingga kiamat, Jangan dibenarkan mereka bangkit menguasai dunia dan menipu Umat Islam lagi, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Ya ALLAH, amerika, britain, israel & kuncu mereka tinggalkan/ ketepikan agama dan jadi sekular dalam pemerintahan/ politik & cara hidup mereka kerana agama mereka yg kerap dipinda & tak betul itu mereka cap sebagai ‘candu’, kemudian setelah Engkau uji dengan memberi sedikit kejayaan dalam dunia sekularisme, mereka jadi angkuh & menceroboh negara orang untuk menyebarkan fitnah agama, dakyah sekularisme & penipuan mereka mulai beberapa ratus tahun yg lalu, mereka mahu manusia ikut cara songsang mereka, mahu orang lain turut menyimpang memisahkan agama dari cara hidup & jadi sekular seperti mereka yg telah terpesong itu; ramai manusia terbeliak mata mempercayai itulah kemajuan yg dicari-cari selama ini, hingga mendakap erat sekularisme itu, dan telah berhasil penjajah serta talibarut mereka menyemaikan fahaman sekular, mengasingkan agama, yg begitu mendalam akarnya hingga dapat memisahkan agama dari politik dan pentadbiran orang Islam (juga Melayu di negara ini), mengasingkan dasar Islam dari asas pemerintahan negara, mengenepikan hukum Islam dalam perkara akidah dan muamalat umat, memperlekeh etika Islam dalam teraju kekuasaan, disedikitkan amalan Islam dalam kepimpinan hingga harta negara berlegar dikalangan pemimpin, mengenepikan larangan Islam hingga rasuah, penyelewengan & salah guna kuasa berleluasa merosakkan pentadbiran awam, memperkecil cara Islam dalam membuat keputusan dan mencapai matlamat, ambil ringan akhlak/ budaya Islam dalam berpakaian & kesopanan, meminggir ajaran agama Islam dari kehidupan harian manusia masa kini, tersengeh membiarkan Islam dicerca & dihina, menjadikan umat Islam keliru dan negara gelisah apabila akhlak Islam dipinggirkan, manakala fahaman sekularisme dijaja merata hingga ada yg malu memperjuangkan Islam kerana begitu kuat anutan sekularisme itu pada sebahagian besar orang Islam (juga Melayu) walau pun penjajah sudah setengah abad meninggalkan Tanah Melayu, manakala guru sekularisme/ penjajah amerika, britain, israel & kuncu mereka sangat jelas telah hilang pedoman apabila ketepi nasihat agama hingga mereka berterusan menganiaya, menceroboh & membunoh manusia, Maka Ya ALLAH, perbaikilah umat Islam, pemimpin Islam, umat Melayu dari aibnya kami kini, merdekakan pemikiran kami daripada dijajah dengan anutan sekularisme lagi, berikan kami kekuatan untuk meletakkan Islam yang mulia sebagai asas pemerintahan dan cara hidup seharian, sedarkanlah umat Islam bahawa perjuangan Islam sajalah yang benar kerana semua yang baik telah ada dalam Islam, Islam adalah pelengkap kehidupan untuk semua manusia, dan hanya Islam jugalah agama, cara hidup, fahaman atau isme yang Engkau redai. Jadikanlah kerja-kerja seharian yang dilakukan umat Islam bermatlamat untuk mendapat keredhaan ALLAH semata, dan bukan untuk mendapat redha/ restu amerika, yahudi, britain, israel, kuffar & kuncu mereka atau mencari pangkat disisi penjajah & keuntungan dunia semata, Amiin Ya Mu’min, Amiin Ya Karim, Amiin Ya ALLAH.

    Ya ALLAH Tuhan kami, apabila mereka tetap ingkar & melampau, musnahkanlah kuasa amerika, yahudi, britain, israel, kuncu & kongsi gelap mereka, Jadikan kekusutan & keributan dalam hidup mereka yg berpanjangan hingga kiamat, Balaskan mereka wahai Tuhan yang Maha Perkasa dgn pukulan yg memutuskan kesatuan mereka dan menghancurkan kekuatan penyokong/ sandaran mereka, Kirimkan ribut & puting beliung berterusan untuk mengawal penceroboh itu, Jadikan puting beliung dan bencana berterusan untuk memusnahkan pusat kejahatan & keangkuhan mereka, Amiin Ya Mutakabbir, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    “”” Laa haula wala quwwata illa bILLAHil Aliyyil Azhiim. “””

    Ya ALLAH, telah jelas bahawa kelebihan yg Engkau berikan pada yahudi, amerika, britain, israel, kuncu & talibarut mereka telah menjadikan mereka takbur, melampau, ganas dan sesat, mereka tak ambil kisah sengsara orang Islam dan tak peduli langsong susah orang Islam asal matlamat jahat, penjajahan dan eksploitasi mereka tercapai. Kerakusan mereka menyalah guna kuasa yg Engkau pinjamkan tidak surut, malah mereka terus degil, angkuh & pernah mengancam untuk mengebom Pakistan balik ke zaman batu. Berulang kali Engkau ingatkan dalam AlQuran (AlBaqarah:120, AlMaaidah:51) jangan terlalu berdamping dengan yahudi & nasara kerana mereka tidak suka pada umat Islam, tetapi masih ramai yg tidak mempercayai firman MU, malah terus mengikut, berdamping & mempercayai mereka, Maka Ya ALLAH, sedarkanlah umat Islam semuanya akan kejahatan, penipuan dan melampaunya yahudi, amerika, britain, israel & kuncu mereka itu; mereka tidak mahu keluar dari Iraq dan membuat alasan takut nanti hasil bumi Iraq dikuasai ‘pengganas’ rekaan mereka, begitulah putar belit mereka yg angkuh yg dipinjamkan kuasa itu, mereka sangat berburuk sangka pada Kerajaan/ pemimpin Islam dan membenci umat Islam, sebenarnya mereka itulah pengganas, lanun, perompak yg mencuri minyak Iraq, mereka menjana keganasan, memusnah & memisah-misahkan Iraq; tatkala 1 orang saja dari mereka yg cengeng itu terancam, media mereka terus tuduh & mencanang itu kerja militan Islam, tetapi bila mereka bom kampung orang awam dan ternakan di Afghanistan, Iraq, Palestin dan bumi Islam, media mereka kecilkan berita dan kata itu ralat teknikal untuk menjustifikasi pembunohan & menutup kejahatan pengebom mereka. Sungguh melampau sikap mereka & telah senget pemikiran mereka, Ya ALLAH, heretkan mereka kemuka pengadilan, mereka berterusan membinasakan Afghanistan, Iraq, Palestin, Lubnan dan mahu mengasing & memundurkan negara-negara Islam, Maka hentikanlah Ya ALLAH, kerana jelas mereka sesat dan tidak mahu petunjuk dariMU, jangan dibiarkan sikap melampau & putar belit mereka itu berterusan tanpa sanggahan dan pembalasan dari MU, Oh Ya ALLAH, Engkau berikanlah pula kelebihan dan kuasa itu pada Umat Islam yg taat, tetap Iman, mampu dan bertaqwa kepada MU untuk mentadbir dunia ini pula hingga ke hari kiamat, Amiin, Engkau jadikan manusia benci & bosan dengan penipuan, ketakburan dan pengacaunya amerika, yahudi, britain, israel & kuncu mereka, berikan keupayaan negara-negara di dunia khususnya negara-negara Islam menentang mereka, malah Engkau jadikan rancangan jahat mereka merugikan dan memusnahkan mereka pula hingga mereka jadi tandus apabila Engkau menghantarkan kepada mereka rombongan tenteraMU Yang melontar dan membinasakan amerika, yahudi, britain, israel & kuncu mereka hingga hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Ya ALLAH, memang umat Islam telah kalah untuk sekian lamanya, kerana umat Islam dan pemimpin Islam sendiri yg leka dengan kepalsuan barat, menurut budaya mereka, mencontohi penipuan mereka, menyanjung cara hidup mereka, berseronok macam mereka, berkelakuan macam mereka (adakalanya lebih lagi), mengagungkan bahasa kuffar, menggunakan kalender nasara, menyalin ekonomi barat yg bercampur halal dengan haram (kemudian diberi anak makan), menjunjung hukum penjajah/ penceroboh, terlalu yakin pada mereka, dan ada yg begitu taksub kepada barat hingga sanggup bayar untuk jumpa ketua kuffar yg fasad itu, ada yg berfahaman bahawa di barat sekular itulah segala kemajuan hingga mengidolakan mereka dari segala segi. Maka Ya ALLAH, telah terkesamping cara hidup Islam, Engkau berilah kesedaran di hati Umat Islam untuk tidak meminggirkan Islam, tidak mencampur adukkan budaya berfoya & sekular nasara dengan cara hidup Islam, bagaimana mungkin dua cara hidup berlawanan (Islam dan kuffar barat) ingin disatukan dalam kehidupan harian Umat Islam kini yg sudah tentu menambah keliru Umat hingga ditertawakan musuh, jadikanlah Umat Islam mula menjauhi kepalsuan barat dan kemungkaran penjajah/ penceroboh itu, susunkanlah semula Umat Islam sedunia dengan memberikan hikmah, syafaat dan teguh pendirian sesama Islam untuk memperjuangkan Islam, mendaulatkan hukum dan syariat Islam, menjadikan Islam cara hidup dan siasah, Engkau kawallah Islam dan Negara Islam melalui Ilmu para Ulamanya, bukan dikawal oleh orang yg bukan ahlinya atau penguasa yg menyayangi jahiliyah, Berilah kemuliaan kepada Islam dan perbaiki umatnya, sedarkan Umat Islam bahawa amerika, yahudi, britain, israel & talibarut mereka adalah jahiliyah, mereka hina kerana tidak mahu kepada kemuliaan Islam, Engkau gagalkan semua rancangan dan tindakan amerika, yahudi, britain & kuncu mereka untuk merosakkan Ajaran Islam, meracuni fikiran remaja dan umat Islam, menceroboh Negara Islam, merosakkan ekonomi Negara Islam, mencampuri Urusan Islam, mengambil Hak Umat Islam, mengancam Akidah Umat Islam, Ya ALLAH, gagalkan setiap usaha mereka, jangan diberi kejayaan, nanti mereka bertambah angkuh, Engkau ambillah balik semua kuasa yang Engkau pinjamkan kepada musuh/ penentang Islam itu, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Ya ALLAH, penjajah sekular amerika, british, israel & sekutu kufar mereka berusaha merosakkan umat Islam dan negara Islam secara kasar melalui pencerobohan & pengeboman, atau secara halus dengan melaghakan umat Islam melalui wang, rasuah, kebendaan, kesenangan & bermalasan, sibuk mencontohi mereka, maju tanpa pedoman agama, hingga leka mengejar dunia & mengumpul benda yg tak boleh dibawa ke alam akhirat; merosakkan dari dalam melalui pentadbiran yg tak pakai nasihat agama hingga sorok salah laku penyeleweng, sanggup tidak amanah & menyalah guna kuasa, bersikap keras ala diktator hingga umat Islam lemah dan mudah dijajah; menganut sekularisme, materialistik, asyik dengan hiburan & keseronokan, kemudian setelah mewah & lemah jiwa ditakutkan pula oleh ancaman mereka, hingga diperbudak & dikerdilkan jiwa supaya terus bergantung kepada mereka & terus menurut fahaman sekularisme mereka yg memisahkan agama (juga peringatan dari Langit), kesannya apabila berkuasa jadi angkuh, menipu, melampau, menceroboh, menganiaya, hilang adab; bagi yg mundur & baru membangun kesannya rosak akhlak, hilang pedoman agama, menyalah guna kuasa, menyeleweng, rasuah, kronisme, nepotisme, jatuh menjatuh, mengejar pangkat, menindas, akhirnya jadi melampau, zalim & menambah dosa, maka Ya ALLAH, gagalkan usaha amerika, british, israel, kufar & kuncu mereka untuk merosakkan umat Islam dan negara Islam secara kasar & halus itu apabila Engkau melindungi negara-negara Islam hingga kiamat dari hilang pedoman, diceroboh lagi, dirosakkan ekonomi, tiada sejahtera, diperintah oleh manusia-manusia yg zalim yg membelakangkan agamaMU, Amiin, berikanlah kesedaran, keinsafan dan keikhlasan kepada ramai umat Islam untuk tidak berselindung dan tidak bertangguh lagi dalam menegakkan kebenaran, menegakkan syariat Islam dan memperjuangkan Islam, Amiin Ya Mutakabbir, Amiin Ya Mu’min, Amiin Ya Karim, Amiin Ya ALLAH.

    “”” Laa haula wala quwwata illa bILLAHil Aliyyil Azhiim. “””

    Ya ALLAH, ubahkanlah umat Islam yg di atas pagar, yg bermusim atau kerana sesuatu isu, yg tak ambil kesah hal pemerintahan dan politik supaya turut bersama, ikhlas memperjuangkan pemerintahan Islam, cara Islam, budaya Islam, ilmu Islam, kemajuan Islam, ekonomi Islam, perundangan Islam, tamadun Islam dan semua yang berkaitan dengan perjuangan Islam; ubahlah kami dari lemah kepada kuat agar dapat kami tinggalkan perjuangan menipu yg khianat kepada ALLAH, Rasul, Islam dan rakyat, yg mementingkan harta, pangkat, darjat, keduniaan semata; kukuhkan pendirian kami bersama jemaah yang memperjuangkan Islam sebagai kesinambungan perjuangan Rasulullah saw, jangan berpecah kesatuan kami di jalan ALLAH, Amiin.

    Ya ALLAH, janganlah kami mensia-siakan hidup ini, tidak memandang ringan perkara dosa dan pahala agar dapat kami tinggalkan perjuangan yg mabuk dunia, gila glamour, palsu, penuh tipu daya & hilai ketawa, bermegah-megah dengan benda & kedudukan, dapat meninggalkan perjuangan yang mengampu untuk pangkat, tetapkanlah iman kami kepada ALLAH dan Rasul saw, tetapkan pendirian kami, jadikan kami tidak cenderung kepada pemimpin-pemimpin yg zalim, rakus, menipu, salah guna kuasa dan membenci hukum ALLAH, jadikan kami tidak dapat dibeli oleh perayu undi puak zalim yg menipu & menyalah guna kuasa, elakkan kami dari diumpan untuk meninggalkan perjuangan Islam, jadikan kami tidak cenderung ke arah habuan wang, wanita, pangkat sehingga meninggalkan perjuangan Islam, jadikan kami tidak mudah berputus asa dari mengharap pertolongan ALLAH, tidak sombong dan bertelagah dalam kesatuan Islam kami, lindungi kami dari segala keburukan di dunia dan keburukan di akhirat, Amiin.

    Ya ALLAH, teguhkan diri kami kerana ada yg mentertawakan permohonan kami kepada MU, kami bukan orang besar, berpengaruh, berpangkat tinggi, berkuasa, tetapi hanya orang biasa dan inilah usaha dan kepandaian yang Engkau anugerahkan untuk menolong Islam dan umatnya, tidak mengapa manusia memperlekeh permohonan kami asalkan Engkau tidak begitu, kerana ALLAH tujuan kami, maka terimalah permohonan kami ini, Amiin Ya Rabbal Aalamiin.

    “”” Laa haula wala quwwata illa bILLAHil Aliyyil Azhiim. “””

    —————-

    “Ya ALLAH, perkenankanlah doa kami, Amiin.”

    Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, kepunyaan ALLAH nama-nama Yang Baik.

    Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya Zal Jalaali wal Ikraam,

    Ya ALLAH, segala usaha dan ikhtiar adalah usaha dan ikhtiar MU,
    segala yang baik, segala kejayaan dan kesejahteraan datang dari ALLAH,
    sudah berusaha kami serah kepada MU.

    Ya ALLAH, Ya RABB, kepada MU kami mengadu kekejaman & kerosakan yg dilakukan puak penceroboh amerika, british, israel & kuncu mereka yg jahat itu, berbagai cara salah mereka lakukan untuk berkuasa & kaut harta, dan dicontohi manusia lain mengamal prinsip sekular mereka hingga “matlamat menghalalkan cara”, mereka maju tak tentu hala, jadi angkuh & ingkar apabila ketepi nasihat agama, maka telah berjaya iblis sesatkan manusia melalui mereka yg takbur itu seperti iblis yg takbur pada ALLAH; Patutlah ALLAH kirim ratusan ribu Nabi-Nabi kerana manusia memang degil & cenderung pada mereka yg takbur itu, ada manusia tak kenal mana yg lama & mana yg baru, hingga sering lupa diri, contoh bila punyai kereta & pandu 80-100 km/jam sudah rasa hebat & ada yg berlagak, sedangkan manusia tak sedar bahawa ALLAH memusingkan bumi pada ukur lilit 40,000 km di khatulistiwa dalam masa 24 jam (sekali pusing) dengan kelajuan supersonik 1666 km/jam yg sudah berjuta tahun lamanya dan tak pernah berhenti sedetik pun, disamping itu bumi yg begitu berat mengorbit matahari, tanpa tiang penyambung, sekali dalam setahun dengan kelajuan 108,000 km/jam tanpa enjin yg sudah berjuta tahun lamanya dan tak pernah berhenti sedetik pun, Sungguh Hebat dan Maha Suci ALLAH, dan ALLAH tak kecoh pun; sedangkan sekular yahudi & nasara kecoh bila dapat satu penemuan, itu mereka punya, ini mereka punya, letak nama mereka & terus ‘copyright’ hampir semua benda hingga menindas manusia lain untuk guna sebagai manfaat hidup manusia, dan ada juak mereka yg suntuk akal halau orang Islam suroh pergi haji naik unta jangan guna pesawat sebab teknologi pesawat ditemui nasara, semua itu menonjolkan kesombongan, tamak & bebalnya fahaman sekular itu, hingga tak kenal siapa yg lama & siapa yg baru, ALLAH tak halau pun mereka yg kufur itu dari BumiNYA, begitu Maha Pemurahnya ALLAH, Umat Islam tak halau pun orang kafir & nasara dari Malaysia, tapi mereka pandai sikit & berharta sikit pun sudah sombong, semua tak boleh usik. Sebenarnya ilmu ALLAH itu telah sedia ada, cuma umat Islam perlu rajin mencarinya, kebetulan ALLAH uji mereka yg temui dahulu & itu pun sangat sedikit. Sangat Bijak ALLAH menguji untuk melihat kearah mana condong para hambaNYA, dan sebenarnya tanpa amerika, british, israel & kuncu mereka yg menyesatkan itu pun, manusia juga boleh maju dengan lebih baik dan lebih bersopan lagi. Maka Ya ALLAH, apabila mereka tetap angkuh menolak Islam & tidak insaf, Engkau balaslah mereka atas keingkaran, kekejaman, jenayah & kerosakan yg telah mereka lakukan, jadikan mereka tua & panjang umur dalam keadaan faqir kerana mereka memfitnah Islam & prejudis terhadap Umat Islam, lenyapkan ilmu & kepandaian mereka kerana mereka tak percaya Firman MU & menyiat-nyiat AlQuran sumber segala ilmu malah Engkau ciptakan pula ramai umat Islam yang rajin berusaha, rajin berfikir dan rajin mencari ilmu; kini amerika, british, israel & kuncu mereka sudah tiada modal lagi kerana terus menuduh Islam ganas, maka Engkau lemahkan pengurusan & keyakinan diri mereka, runtuhkan semua sistem kuasa & musnahkan cara imperialis mereka itu, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Ya ALLAH, dapatlah kami buang sikap lesu dan malas, takut dan pengecut, bakhil dan dikuasai penzalim, dapatlah kami membeza mana yang benar dan mana yg salah dalam hidup ini, semoga kami tetap memandang yang benar itu benar dan memandang yg salah itu tetap salah, rajinkanlah kami berusaha, berdoa dan membaharui syahadah, Ya ALLAH, kuatkanlah hati kami, akal kami, kaki, tangan dan diri kami untuk menolak kebatilan, pemalsuan, penipuan, kezaliman, penyelewengan & salah guna harta rakyat, Amiin. Ya ALLAH, anugerahkan kami kesihatan, tetap iman, murah rezeki, mudah urusan, ketaqwaan, baik akhlak, selesa dengan perjuangan Islam dan dipanjangkan umur untuk melihat kejayaan Islam di tanahair ini dan diseluruh dunia, jangan dibiarkan kami tanpa pertolongan MU, kalahkan musuh/ penentang Islam, berilah kami kemenangan dalam perjuangan Islam untuk dijadikan iktibar kepada kumpulan yg mempermainkan dosa dan pahala, yg telah banyak memalukan kami umat Islam seluruhnya, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Penolong, Amiin Ya Jabbar, Amiin Ya Fattah, Amiin Ya Rahmaan, Amiin Ya ALLAH, Amiin Ya Rabbal alamiin.

    Ya ALLAH, bukalah jalan dan mudahkan usaha sesiapa yg memimpin dan berjuang untuk memulia dan mendaulatkan Agama MU sehingga mencapai kemenangan dan redhalah Engkau atas usaha mereka; takdirkan kejayaan dan kegemilangan Islam apabila Pemimpin/ Khalifah Islam yang baik dipilih melalui syura yang telus hingga ke akhir zaman, bukan diwarisi atau dipaksa menurut cara tipu yg amat disukai musuh-musuh Islam seperti amerika, british, israel & kuncu mereka; anugerahkan ruang yang bebas untuk umat Islam bersuara dan memilih para pemimpin Islam seluroh dunia yang baik, yg merancang dan melaksana pentadbiran cara Islam, yang menjunjung hukum AlQuran dan AlHadis, menjaga keutuhan agama Islam, membudaya cara hidup Islam untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat, membina tamadun Islam, menjadikan undang-undang Islam sebagai teras perundangan negara, memperkuat jiwa umat Islam dengan menanam semangat jihad bagi melahirkan individu yang sanggup berkorban untuk berbuat kebaikan, menjaga kesucian Islam dan mempertahan akidah umat Islam, Amiin Ya Mutakabbir, Amiin Ya Zal Jalaali wal Ikraam.

    “”” Laa haula wala quwwata illa bILLAHil Aliyyil Azhiim. “””

    Ya ALLAH, Gantikanlah dengan baik ketua-ketua Negara Islam yg gagal menyusun Umat, yg lalai & leka berebut membolot harta negara, yg merosakkan Umat Islam secara halus melalui kelaku tidak baik mereka, yg jadi boneka, diktator, talibarut & kuncu amerika, british, israel & barat hingga bom madrasah, sekat SAR, pengajian pondok, maahad & benci hukum Islam; Ya ALLAH, ubahkan hati Umat Islam dan rakyat untuk menolak pemimpin yg menyeleweng, menolak parti sekular yg menipu ala yahudi dalam pilihanraya, halangkan pemalsuan mereka, gagalkan putar belit media mereka, jadikan mereka kalah supaya mereka insaf dan kembali kepada kebenaran Islam, tidak ambil rasuah ketika kerja, tidak beri rasuah ketika pilihanraya, tidak mengasingkan agama dari pemerintahan, kehidupan dan politik/ siasah, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Ya ALLAH, pemikiran orang Melayu masih kuat dipengaruhi konsep sekularisme penjajah, apabila ditanam fahaman sesat pinggirkan agama begitu mendalam sekali walau pun negara sudah lama merdeka, sambil dilalaikan dengan terlalu cinta pada benda, wang, nama, kedudukan, harta, takhta, betina, keseronokan yg jijaja oleh iblis amerika, yahudi, british, barat, kuncu, talibarut & kongsi gelap zionis mereka hingga ada umat Islam yg lupa dan jauh dari AlQuran, yg malu menyebut ALLAH dan membaharui syahadah, takut sebut perkataan Islam nanti dipulau dalam pilihanraya, enggan berjuang atas agama Islam takut tiada pendokong, dan itulah kejayaan nyata kufar meliberal sekularkan org Islam kini, ada yg tak mahu menyokong Islam, apatah lagi jadi pendokong Islam, malah menyalahkan perjuangan Islam kerana ini negara majmuk, nanti tak direstu pengundi & kuasa amerika, british, yahudi, barat, kuffar & kuncu mereka; atau zaman sekarang tak sesuai perjuangkan Islam di dunia kerana ini dunia majmuk, nanti tak direstu puak kuffar, atheist, freethinker & jahiliyah moden; Kuasa ALLAH pula cuba diasingkan dari bibir manusia hingga ada umat Islam yg berat lidah menyebut nama ALLAH, hingga diganti dengan perkataan ‘nature, mother nature’, alam semulajadi, ‘evolution/ evolusi, the force’ & pelbagai istilah lagi dalam menidakkan kuasa ALLAH Maha Pencipta, segalanya untuk nampak mantik dimata sekular barat agar disukai mereka, begitulah pekatnya sekular manusia kini (termasuk umat Islam yg terikut-ikut), maka Ya ALLAH, jagakan umat Islam dari tidur yg lena, sedarkan umat Islam agar sentiasa ingat pesan Rasulullah saw pada khutbah perpisahan untuk bawa bersama pedoman Islam kemana-mana disetiap ketika, tidak mencicirkan perjuangan Rasulullah saw dari diari hidup umat Islam, lenyapkanlah konsep sekularisme penjajah itu dari Umat Islam, buangkan sistem autokrasi pemimpin yg melakukan “media control” & cara kuku besi british terhadap rakyat yg dhaif, hentikan jajaan istilah Islam “had..” yg menambah celaru, gantikan para pemimpin bersikap membolot & merampok hasil bumi orang Melayu seperti guru britishnya dulu merampok hasil bumi Tanah Melayu & mengangkutnya keluar, Engkau lemahkan & hancurkan pula musuh/ penentang Islam kerana mereka tidak takut kepada Kekuasaan MU, porak perandakan kesatuan mereka, jadikan manusia tidak menyokong, tidak mengundi pemimpin juga parti yg menentang Islam, yg kuat membenci Islam, yg tak mahu menjaga dan memelihara Islam, yg sangat sekular, diktator, dan Engkau balaskan mereka yg ditampuk kuasa yg mengingkari & mengkufuri MU, jatuhkan mereka yg menentang Islam kerana mereka menipu & melalaikan manusia, Engkau cabutkan kuasa penentang Islam itu kerana Engkau yang empunya Kuasa, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Ya ALLAH, buatkan umat Islam selesa dan suka dengan perjuangan Islam, ubahkan sikap umat Islam dari tunggu & lihat dulu, jika menang ikut bila kalah cabut, kepada yakin dengan perjuangan Islam; atau tunggu dulu kerana masih muda, nak enjoy dulu, banyak masa lagi hingga leka & lupa perjuangkan Islam; buangkan sikap kecut umat Islam untuk perjuangkan Islam kerana terlalu hormat kepada kuasa barat, risau tak direstu kuffar & nak ambil hati ketua sekular yg berkuasa, Amiin Ya ALLAH.

    “”” Laa haula wala quwwata illa bILLAHil Aliyyil Azhiim. “””

    Ya ALLAH, amerika, british, israel & kuncu mereka mengebom orang awam dengan sungguh zalim & tiada etika perang, sangat pengecutnya mereka bila jatuhkan bom ke penempatan awam dari pesawat di aras tinggi & lari menyorok, mereka sangat suka berbuat jahat ke atas manusia. kerajaan mana pun tak akan kekal & berjaya lama bila bina tamadun atas fitnah agama & penipuan, Maka Ya ALLAH, ambillah balik semua kuasa dari mereka yg tidak mahu beriman itu, jadikan manusia benci propaganda media mereka, mual dengan lagu & filem mereka, berusaha menyisihkan barangan mereka mana yg mampu, dan janganlah diberi lagi kuasa pada generasi mereka juga pengganti terdekat pemimpin mereka kerana sangat jelas mereka zalim & jahat, dizaman sekarang pun mereka sudah melampau menipu manusia, mengganas, menindas & tiada peri kemanusiaan, apatah lagi tatkala pengganti/ keturunan/ generasi mereka yg terasing dari pedoman agama, yg telah liar, ganas & sesat mengambil alih teraju kuasa & punyai senjata bahaya, mohon dijauhi semua itu Ya ALLAH, tarikkan kuasa yang Engkau pinjamkan pada amerika, british, israel & kuncu-kuncu mereka, Amiin, sesungguhnya hanya Engkau Yang Mampu memenuhi segala permohonan, Engkaulah tempat bergantung segala makhluk yang dhaif ini, perkenankanlah doa kami, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Ya ALLAH, jatuhnya Kerajaan Islam Sepanyol di barat pada 656H/ 1258M, 750 tahun lalu, juga Kerajaan waris Abbasiah di Baghdad, wilayah Azerbaijan di utara dan Melaka di timur adalah berurutan apabila umat Islam pinggir cara hidup Islam, tinggalkan pedoman AlQuran dan Sunnah, leka amalkan kronisme, nepotisme (kayakan suku-sakat), menyeleweng, berebut mencuri & membolot harta negara, manakala puak kuffar menanam jarum mereka melalui adu domba pemimpin yg diperbudakkan mereka, hingga menekan pejuang Islam yang mahu membetulkan keadaan, agar mudah mereka menguasai umat Islam; cara yg sama digunakan lagi puak kuffar dgn melaga-lagakan umat Islam melalui kamal, bapa sekularisme Turki, untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniyyah pada 26 Rejab 1342H/ 1924M, hingga Turki dikerah ikut british & barat, umat Islam Turki dipaksa pinggir cara hidup Islam hingga azan pun pernah dilaungkan dalam bahasa Turki, rakyat dipaksa jadi sekular agar maju duniaisme seperti barat, tapi masuk Eu tak boleh!; kini umat Islam diserang dari dalam & luar negara, strategi/ cara yg sama diguna puak kuffar amerika, british, israel & kuncu untuk melaga-lagakan umat Islam, hingga ‘sectarian violence’ pertembungan sunnah dan syiah sengaja diapi-apikan & dibesar-besarkan oleh media mereka untuk memudahkan penguasaan mereka, Maka Ya ALLAH, ciptakanlah sekumpulan manusia Islam yg dapat memberi kefahaman kepada para pemimpin Islam supaya sepakat mengambil dasar Islam sebagai asas perjuangan wadah/ parti masing-masing untuk bersama memperjuangkan Islam hingga ke akhir zaman, hingga dapat menyatukan Umat Islam yg telah berpecah kepada pelbagai fahaman juga aliran masa kini, semoga tidak berlaga lagi Hamas dgn Fattah, tidak bertembung lagi Sunni dgn Syiah, Iran dgn Iraq, juga semua wadah/ parti Islam dimana saja; Ya ALLAH, jadikan isu mazhab dapat diatasi dengan baik, insafkan semua umat Islam dan para pemimpin Islam untuk menghasilkan muafakat yg mantap antara umat Islam yg berbagai fahaman melalui perbincangan sihat kerana dizaman khalifah perbezaan seperti itu dapat diatasi dengan baik, bersatulah gerakan Islam, para pemimpin Islam, negara Islam dan umat Islam sedunia, hingga berjaya mengalahkan puak kuffar dan menguasai dunia, Amiin Ya Mutakabbir, Amiin Ya Kariim, Amiin Ya Zal Jalaali wal Ikraam.

    Ya ALLAH, jadikan umat Islam tidak malu & rasa kuno perjuangkan syariat Islam, tidak terpengaruh cakap-cakap orang kafir & kalah hujah dgn mereka, yakin dengan pertolongan ALLAH dan kemenangan tetap berada dipihak yang benar; jadikan ramai umat Islam menyertai perjuangan Islam dan menjaga baik wadah Islam sedia ada sebagai anugerah dari MU yang perlu dijaga, semoga segala teguran dilakukan dengan cermat dan berhikmah, jadikan pemimpin perjuangan Islam amanah terhadap wang rakyat, mengutama rakyat, menjaga akidah umat, menyuruh yg maaruf dan mencegah yg mungkar, semoga ALLAH bantu menegakkan Islam dan membawa sejahtera, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat sekaliannya, Amiin Ya ALLAH.

    “”” Laa haula wala quwwata illa bILLAHil Aliyyil Azhiim. “””

    Ya ALLAH, Ya Mu’min, Engkau Tetapkanlah Iman kami bersama Islam, kami mohon taufik dan hidayahMU setiap ketika kerana Engkau sahaja yang boleh memberinya, mudahkanlah usaha kami mulai saat ini, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yg hidup atau telah meninggal dunia. Ya ALLAH, jinakkan dan satukan hati orang-orang muslimin, perbaikilah keadaan kami, tolonglah kaum muslimin melawan musuh-musuh MU dan musuh-musuh Islam, Dengan menyebut namaMU Yang Maha Pengasih Maha Penyayang, kami memohon perlindunganMU dari kejahatan musuh-musuh MU dan musuh-musuh Islam, berilah kemenangan kepada ISLAM diseluruh dunia, Amiin.
    Ya ALLAH, laknatlah orang-orang kafir yg mendustakan RasulMU dan membunuh para Nabi MU. Engkau pecahkan kesatuan jahat mereka, Engkau Hancur leburkan kekuatan mereka, dan turunkanlah bencana-MU yg tiada tertolak lagi oleh mereka yg angkuh itu yg tangan mereka penuh dengan darah, noda & dosa menceroboh, menganiaya, ada-adakan isu & membunoh manusia, Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    Amiin Ya Khafidh, Amiin Ya Muntaqiim, Amiin Ya Qabidh, Amiin Ya Mumiit.

    “”” Laa haula wala quwwata illa bILLAHil Aliyyil Azhiim. “””

    Kepada ALLAH kami berlindung dan mohon kelembutan,
    Kepada ALLAH kami hulurkan telapak tangan mohon pertolongan,
    Tetapkanlah Iman kami, kurniakan kami kemenangan dan Kuatkan kami dengan Islam, Amiin

    “”” Laa haula wala quwwata illa bILLAHil Aliyyil Azhiim. “””

    Maha Suci ALLAH yang mempunyai Nama-Nama Yang Indah Lagi Gagah Perkasa, dan Sifat-Sifat Maha Pembela Lagi Mulia, Maha Suci ALLAH dari apa yg orang-orang zalim dan kafir katakan, Maha Tinggi ALLAH dengan Ketinggian Yang Setinggi-Tingginya,

    ALLAH U AKBAR!
    ALLAH U AKBAR!
    ALLAH U AKBAR!

    Amiin Ya ALLAH! Amiin Ya ALLAH! Amiin Ya ALLAH!
    Amiin Ya Mutakabbir, Amiin Ya Zal Jalaali wal Ikraam.

    .:9

  2. Salam..aku mengenali rahmat haron melalui deklamasi puisi dan catatan puisi. tetapi tidak kusangka akar mu terlalu kontot mudah untuk dicabut seperti aku mencabut rumput bagi makan kambing ku!

    Kembalilah kepada akarmu!

  3. perkukan akan akar jika dirimu tanpa jasad…metafora akar sering di jadikan oleh umum (yang megawal kelompok) untuk menghalang pelepasan seseorang itu dari gengaman batasan akal…kasihan

  4. kita bukan berpijak di bumi manusia…
    kita hanya menumpang dibumi ALAH……

  5. aku tak sekular macam kau

    aiii,,,apa bndalah yg saudara merepek nih..lain kali tulis tu biarlah dengan jalan yg ilmiah.ok jer kalu tak nak ilmiah tp tak yahlah nak masuk dalam internet/blog,simpan jer dalam hati.

    nampak sgt kebodohan dan kjahilan saudara tuh,dah orang2x yang cerdik pandai ngutuk saudara.cukup 40 orang kutuk..ble jadi doa yg mustajab barangkali,takut kturunan saudara jer mewarisi kebebalan saudara tu…benda tak mustahil.buat malu UBU jer.alahai…rendah sgt intelek saudara tuh bila saudara tulis bnda yg bukan dalam bidang saudara tuh.

    lagi 1, tak payahlah saudara nak buat – buat pandai yer. ok jer jadik org kurang akal ni asalkan ada sifat tawaduk.ok.selamat menulis benda yang ilmiah yang betul – betul ilmiah.saya ok jer saudara nak mnulis..sbb itu hak seperti yg saudara katakan,tapi hak pun ada batasan al quran n sunnah.ok.

  6. orang yang tulis ni memang bodoh sejak azali!!!

Tinggalkan komen