Selamat Berpuasa.

Setelah lama menyepi, Malaysiakiri kembali. Kembali pada hari pertama Ramadhan. Kembali setelah berlakunya insiden di Batu Burok, Terengganu. Insiden ini diciptakan oleh Polis diatas arahan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberikan imej yang buruk kepada parti politik pembangkang.

Sebab itu dari dulu lagi Malaysiakiri mengambil pendirian untuk tidak mahu masuk kedalam perangkap yang diciptakan oleh UMNO-BN untuk terus mempertahankan Hegemoni mereka.

Di Malaysia, UMNO memainkan peranan yang besar untuk terus menguasai orang Melayu. Terutamanya dikampung-kampung dan diluar bandar. Dengan bermodalkan kain baitik, kain pelikat dan duit RM 50, undi orang Melayu dapat dibeli demi memastikan mereka terus berkuasa.

Insiden yang berlaku di Batu Burok menunjukkan murahnya nyawa Orang Melayu di Malaysia berbanding dengan nyawa Orang Cina. Malaysiakiri tidak bermaksud untuk memainkan isu perkauman tetapi menganalisa menggunakan analisa kelas.

Nyawa Orang Melayu di Batu Burok yang ditembak tempoh hari adalah murah oleh kerana mereka datang dari kelas bawahan ataupun kelas yang tertindas. Manakala beberapa minggu yang lalu ketika berlakunya protes di Ladang Babi di Melaka, pihak polis mengambil jalan untuk berundur. Ini semuanya kerana pengusaha-pengusaha Babi itu adalah kaum pemodal yang akan terus mendokong pemerintah.

Bulan Puasa adalah bulan yang mulia disisi Islam. Malaysiakiri ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakyat Malaysia. Hanya ada satu pesanan, jangan terperangkap dengan program bermaaf-maafan yang akan diperalatkan untuk meminta Orang Melayu untuk memaafkan pihak polis dan kerajaan yang telah menembak rakyat.

Kuatkan semangat untuk terus berjuang, kalau terpaksa bayar dengan darah dan nyawa, bayarlah. Biar bangsa kita benar-benar Merdeka!!!

8 responses to “Selamat Berpuasa.

  1. Memang UMNO memainkan peranan yang besar untuk terus menguasai orang Melayu, tapi terpulang lah pada pengundi melayu, kalau UMNO juga yg diundi..nak buat macam mana.

  2. betul tu!!!…….org dah reti mikir la skrang nih!!!…….ikut suke dier la nak undi saper………..yg ko plak lebih2………….tu yg org panggil batu api

  3. boleh saya bagi cadangan dan usulkan pada sekelian umat2 manusia , ahli politik sekalian semua, pemimpin2 negara, wakil2 menteri, sultan dan sultanah semua,, bergabung menjadi satu arah, agama, ilmu, kepandaian psikologi, penyertaan seberapa ramai pemuda, orang tua, makcik makcik , semua , agar tingkat kan ilmu, ilmu itu didlm perbagai kegunaan, didalam dunia, akhirat, pembelajaran, kepandaian seseorang, kepandaian yang sudah ada, digabungkan menjadi satu power untuk mengerak kan jana2 kuasa yang sekarang kurang, menjadi kanm mereka pro politik, pembelajaran yang bagus, dan kerajaan patut payong sepenuhnya untuk membuktikan mereka benar2 iklas dan saksama dalam menjalankan tugas, semua digerakkan dalam satu. menjadikan negara maju, makmur, dan apo2 jolah.. pas dan umno ka, bn kaa, mca kaa, keadilan kaa, apa kaa. semua harus mengerakkan tenaga muda dan tua dan apa ka, tdk blh pula digerakkan sorang2 , itu bleh jadi gila. blm ada dlm dunia mungkin, itu pun jikalau kurniaan tuhan, jadi semua pemimpin2, menteri2, ahli politik, us ka, hapa kaa, jikalau negara kita punyai kepandaian luar biasa yang digabungkan menjadi power root , uiyo, impak power beb, mungkin satu kesedaran buat semua yang kini byk nya lalai dalam perkara2, cadangan luar biasa untuk semua, kalau boleh comment ni, bg la seluruh rakyat baca, untung2 sendiri, negara, bangsa, agama, dan apo2 lah. bergabung tu bkan susah, tapi perlukan usaha dari pihak2 yang dikurnia jawatan2 tinggi ka, kepandaian ttg sesuatu kaa. apa kaa, dgn ini tingkatnya ilmu , negara kita byk keuntungan dari itu, bg pak lah bc pun baguih, dapek kita sama2 merasa bangga, dgn yang ada, kita lahir untuk berjuang, lahirnya kita ke dunia bkn sia2. tunjukkan pada dunia. dgn kepandaian kita akan kalahkan u.s ka apa kaa. singapore ka. tak yah gentar akan mereka, kita bijak kan diri dalam pelbagai, macam2 ada kira nya. pentingnya ilmu dalam kepelbagaian, biar umat kita pandai dlm segalanya, kita bukan lemah, tapi kita harus berjuang, berjuang dalam satu beb ,,,,,,uiyoooooooooo

  4. cadangan ye. jgn mare..dalam konteks politik plak, pas dan umno bergabung, agama dan imu, tingkatkan agama, tingkatkan ilmu, jadi dgn adanya kedua2 , haa, us ka hapa kaa, semua goyang, orang akan kurang mempermainkan kita, dgn kepandaian, kebebasan bersuara kedua pengerak bangsa , banggakan agama kita, letakkan agama sebagai tunjang yang kuat dalam memiliki pembelajaran yang tak terbatas , adakan sistem yang best, blh menyehatkan pelajar, seperti aktiviti yang berpaedah, aktivi pembelajaran lengkap tanpa batasan, dan kerajaan harus bagi kerjasama dan bukan nya tembok penghalang bagi remaja2 mana2 pon la dalam dunia ni, jgn kerna wang yang sementara dan keseronokan sementara jadi lupa dan lalai, bergabung la kawan2 ku, pejuang2. pelajar, pemimpin , menteri2, dan sekalian rakyat dunia sekalipun, jadikan hidup kita beerti didlm perjuangan, kita lahir untuk sedikit makna, makna yang luas didalam dunia, pendidikan, dan apa2 pun , sekalipun politik, politik juga perlukan mutu belajar, agama, hiburan boleh tapi jgn salah guna kan dan terlampau, mungkin juga byk kelalaian , antara tv, keseronokan sesuatu, urm, pergaulan, semua tak salah, tapi mesti ada cara, saya wakil berckp tak da sangkut paut dgn mana2 pon, tapi saya terniat memberi cadangan, comment, dan apo2 lah. mungkin kita boleh tarik pemuda2 kita dgn cara, cara yang menarik tertarik , aktiviti sehat, pergaulan sesame, tapi nk kena ada cara la, yang betui ja kita ikut, yang ngarut jgn le sesekali, berusaha memperbaiki apa yang kurang, tak mungkin ada yang perfect, tapi kita boleh bergabung sedikit2 menjadikan ia sebagai lambang usaha dalam semua, kita boleh juangkan bangsa, tanah air, harta benda, agama, keluarga kita, anak beranak mungkin, adik beradik, tapi perlukan byk2 kerjasama dari semua pihak, bersatu. berjuang pula bukan pada kau tikam aku kau tikan aku, jgn , dose, makna nya murnikan hati sendiri , ubah cara sendiri, dan pemikiran yang terbentang luas, haaa. semua nya dalam satu, dan memperjuang kan satu dalam beriboo, pikir2 kan lah , usulkan pada semua kalau boleh, sudah masa kita bersatu, mempertahan segala-galanya yang kita kecundang, khabarkan

  5. pas dulu pun dari UMNO, keadilan pun dari UMNO, semangat 46 pun dari UMNO. yang keluar UMNO tue semua kecewa sebab tak jadi kepimpin UMNO. cuba diorang jadi pemimpin UMNO. konfirm wajib tak kuar UMNO. yang penyanyi rock kata pas sama UMNo bergabung gua memang tahap setuju 300% . UMNO lawan pas sama keadilan sama semangat 46 tak jadi masalah. tapi jadi masalah bila UMNO lawan UMNO sendiri. parti-parti serpihan ni boleh kita panggil parti kecewa. sebab depa semua buat parti lepas kecewa sama UMNO. nak taknak, suka tak suka jasa UMNO dalam memberi kemerdekaan kepada tanah melayu secara aman sepatutnya kita hargai. tapi kita rasa “bertuah” kerana wujudnya golongan muda hari ini yang lahir selepas merdeka yang menyokong habis penjuang politik kiri yang terang-terang gunakan senjata untuk kepentingan politik mereka. nasib baik british yang jajah tanah-melayu, kalau SIAM haram laa kita nak merdeka macam hari nie. oh ya, insiden batu burok tak akan berlaku kalau pihak penganjur tak bodoh kayu. kalau nak buat ceramah, cari laa tempat yang luas sikit. tempat yang dicadangkan oleh pihak penganjur nak muat 300 orang pun dah seksa. sebagai seorang yang tidak berpartai dan seorang yang rasional aku berpendirian bahawa kegagalan pihak penganjur mencari tempat yang sesuai dan memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan tempat merupakan faktor ‘eksiden’ itu berlaku.

  6. bukan aku nak membela-bela kerajaan yang salah ni. tapi sedikit berterima kasih kerana telah membuatkan aku cukup makan, cukup pakai, cukup pelajaran. tapi dunia ni tak penah adil. politik tak pernah bersih. manusia pun tak pernah puas. kuasa buat manusia buta dan pekak. buta sebab tak dapat melihat kesengsaraan rakyat. pekak sebab taknak dengar permasalahan rakyat. ahli politik ni mulut manis. tak percaya? aku pernah jumpa. aku pernah alami.

    kalau kuasa dah dalam tangan, apa lagi rakyat yang tak berdaya ni buat. semua telah dikawal oleh parti yang memerintah. semua perantaraan yang ingin disalurkan kepada rakyat dikawal oleh jahanam-jahanam ni semua. bukan aku tak menyokong kerajaan. aku bangga juga jadi rakyat tanah melayu. tapi politik kotor ni buat aku mual, muak, loya, menyampah, benci pada orang-orang besar yang berkuasa ni. jangan cakap Pak Lah tak makan rasuah, Mahathir pentingkan kroni, itu lah, ini lah. semua pedana menteri Malaysia ada makan “suapan”. jangan tipu. itu realiti. jangan cakap bapa kemerdekaan kita tu baik sangat. masa pemerintahan dia pun dah wujud golongan-golongan penjilat bontot ni. so, tak mustahil isu rasuah atau sogokan tak wujud masa tu.

    isu di batu burok tu satu propaganda. kalau aku ni perdana menteri, aku pun boleh buat macam-macam cerita. kuasa ada. duit ada. semua boleh buat. ini dah macam, melayu gaduh dengan melayu, cina & india tepuk tangan. padan muka.

  7. I stumbled through your blog last week and came back again due to its richness and interesting content. keep up the good work. Hope to read more from you!

  8. Salam,

    Kehadapan Kiri yang berada jauh di perantauan. Surat ini kutulis bertujuan untuk mengingatkan akan dikau tentang tipudaya kedudukan yang kau pilih sekarang. Umum mengetahui berada di sebelah kiri seperti keadaan kau sekarang punya satu tanggungjawab yang besar. Walau tidak besar sekalipun, sifat kiri kau itu umpama seketul batu kelikir yang akan dihunjam ke permukaan air dan menghasilkan riak gelombang yang membesar hingga ke tebing kolam akhirnya. Itulah metafora bagi tujuan hidup sifat kiri. Hidup kiri sudah pasti akan memakan diri sendiri seperti halnya dengan batu kelikir tadi. Kiri tidak perlu nama kerana kau sedar dengan nama itu akan menjadikan kau Kanan. Menjadi Kanan adalah satu malapetaka terbesar yang sering kau elakkan. Bukankah sudah kau saksikan bagaimana rakan-rakan engkau yang lain berubah menjadi Kanan? Tidakkah keadaan mereka menjengkelkan kau? Kau sentiasa berdoa agar mereka mengikuti Kiri seperti kau tetapi sayangnya kau itu lemah dan hanya mampu berdoa yakni meminta? Betapa kau itu seorang pengemis semata-mata!

    Ya, aku tahu bahawa sebelum ini kau sentiasa tercari-cari arah tujuan sehinggalah menemui jalan yang kau pilih sekarang yakni Kiri dan segala bersifat ‘kekirian’. Tetapi adakah kau tahu bahawa jalan yang kau pilih sekarang menuju kebenaran? Bagaimana kiranya posisi kiri yang kau pegang sekarang tidak lain tidak hanyalah satu helah dan tipudaya terbesar Sang Penunjuk Jalan bagi menguji kau? Bukankah kau sewaktu pertama kalinya cenderung untuk memilih kiri ialah apabila kau telah puas menyaksikan kehebatan dan kecantikan kiri itu sendiri? Mana mungkin mata kau menipu kerna mata itu hanya satu persepsi yang tidak prejudis sifatnya. Otaklah yang bersifat prejudis melawan sifat mata tadi. Dan otaklah yang bertindak mencerna persepsi menjadi satu justifikasi. Adakah kau yakini dengan otak kau? Jika otak sendiri pun kau tidak yakin bagaimana halnya dengan hati kau? Awas Kiri, hati juga punya pendiriannya yang tersendiri. Aku nasihatkan kau supaya berhati-hatilah dalam menggunakan ketiga-tiga indera zahir dan batin kau tadi. Ketiga-tiganya bersifat berlawanan antara satu sama lain. Agar ketiga-tiganya tidak kotor dan bersih suci laksana sehelai kain putih berkilau di atas cadar yang hitam.

    Berbalik pada nasihatku, ingatlah Kiri, betapa sebelum kau menjerumuskan diri dalam kekirian sudahpun wujud sebelum engkau itu insan-insan yang cenderung terhadap kiri namun punya pengakhiran yang berbeza! Mereka fikir mereka sangat kuat dalam posisi kiri namun akhirnya mereka tersembam ke tanah jua akibat rasa bongkak yang memakan diri. Bukankah Sang Pemilik Jiwa telah menasihati kita supaya jangan meninggi diri di muka bumi? Hanya dia yang patut dan cocok untuk meninggi diri kerna dia Maha Pencipta. Kau itu tidak lain hanyalah umpama dedaunan kering yang jatuh dari pohon akibat permainan masa! Nasib kau bergantung kepada angin yang akan membawa kau ke mana-mana arah tujuan. Betapa kau itu sangatlah lemah wahai Kiri.
    Dalam memilih rakan dan sahabat, janganlah tertipu dengan zahir mereka wahai Kiri kerana apa yang tersirat itulah yang memegang hakikat segala! Betapa telah ku saksikan bagaimana rakan-rakan itu hanyalah satu ujian terhadap perjalanan hidup semata. Mereka datang dan pergi dan begitu juga halnya dengan pendirian kau sekarang wahai Kiri. Bila-bila masa juga akan hilang ditelan zaman. Akan datang satu masa kau akan mula meratap sayu segala yang kau hilang tetapi kau abaikan harta dan milikan yang sedang berada di hadapan kau pada ketika itu! Sungguh kau itu tidak akan pernah mensyukuri sesuatu melainkan merasa sangsi terhadap segala. Itulah kelemahan diri kita wahai Kiri. Ingatlah ketika ibu melahirkan kau. Bukankah si ibu sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anaknya? Ibu tidak kisah akan pendirian kau yang kadangkala kanan mahupun kiri kerna baginya pemilihan posisi itu sangatlah kompleks dan lagi melelahkan. Ibu akan redha terhadap kau walau apapun pendirian kau. Kasih ibu kasih yang sejati.

    Kiri, akhir kata dariku, jadilah umpama air yang senantiasa mengalir memenuhi sesebuah ruang dan bekas. Aliran air tidak akan terhenti walaupun dihalang dengan empangan yang kuat binaannya. Air sentiasa mengalir di permukaan mahupun jauh ke dalam mukabumi. Air juga penting untuk kehidupan dan penerusan generasi. Di sebalik sifatnya yang lembut dan jernih, air juga mampu berubah menjadi marah dan agresif bergantung kepada keadaan dan tindakbalas alam kepadanya.

    Salam dari diri kau yang satu lagi,
    Kanan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s