Pilihanraya umum

Cakap-cakap tentang pilihanraya umum tidak berhenti-henti. Ramai pihak mempunyai teori masing-masing dalam meramalkan tarikh pilihanraya. Begitulah mundurnya sistem pilihanraya di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di Asia.

Di Malaysia, tarikh pilihanraya adalah satu misteri yang hanya diketahui oleh Perdana Menteri. Malaysiakiri mendapat maklumat yang mengatakan bahawa pilihanraya akan diadakan pada bulan Ogos ini.

Walaupun SPR mengatakan yang mereka hanya bersedia jika pilihanraya umum diadakan pada bulan September ini, ia hanyalah satu taktik untuk mengelirukan parti pembangkang.

Bila parlimen dibubarkan minggu depan, maka kelam kabutlah pembangkang. Barisan Nasional sememangnya telah lama bersedia. Mereka juga sudah mempunyai senarai calon yang akan bertanding.

Sedangkan parti pembangkang masih lagi berunding tentang kerusi. Selain daripada tarikh pilihanraya, Malaysiakiri juga diberitahu bahawa parti-parti pembangkang akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang.

100,000 pengundi akan dibawa dari Selatan Thailand, Indonesia, India, China dan Filipina untuk memastikan kerusi DUN dan Parlimen yang dimiliki oleh pembangkang dan yang telah goyang akan dapat dirampas dan dipertahankan.

Jangan terkejut jika anda melihat ramai pemimpin-pemimpin parti pembangkang terutamanya dari PKR akan kecewa selepas pilihanraya umum ini. Harapan dan impian untuk melihat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri hanya tinggal harapan.

Kesilapan besar yang dilakukan oleh parti politik pembangkang ialah apabila mereka bertanding dalam pilihanraya kecil di Ijok selepas pilihanraya kecil di Batu Talam diboikot. PAS dan PKR telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

Anda semua boleh lihat bagaimana panik dan cemas UMNO dan BN apabila pilihanraya kecil Batu Talam diboikot. Malaysiakiri tidak menyalahkan DAP oleh kerana kami melihat DAP tidak lebih dari PAP dari Singapura.

Selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum yang akan datang ini barulah parti-parti politik pembangkang terutamanya PAS dan PKR akan sedar bahawa pilihanraya di Malaysia tidak akan membawa perubahan. Pada ketika itu mereka akan mula sedar tentang kuasa rakyat tetapi telah terlambat oleh kerana sudah tidak ramai lagi rakyat bersama mereka. PKR akan menjadi seperti PRM, lantang tetapi mengecil.

PAS akan terus bertahan walaupun tidak mempunyai kerusi di Parlimen dan DUN. DAP akan terus menjadi pembangkang di Parlimen dan DUN oleh kerana itulah tujuan mereka ditubuhkan. Malaysia akan memerlukan 50 tahun lagi sebelum UMNO dan BN digulingkan.

7 responses to “Pilihanraya umum

  1. Ada benarnya juga. Kenapa pembangkang lemah? Ada jawapan?

  2. Pingback: PRU - sebelum atau selepas raya? « Bising la ko!

  3. Pembangkang tidak bersatu kecuali masa PRU, rakyat mudah digula-gulakan, maka kerajaan Barang Naik akan terus berkuasa. Lambakkan wang akan mencurah-curah masa PRU, pengundi alpa seketika, maka berpestalah kerajaan Barang Naik meraikkan mereka. Tak percaya, lihatlah nanti…!!!!

  4. aper la masalah org yg tulis blog nih hah??? hilang akal ker??? punya la elok2 org hidup aman damai, yg dia x abis2 sebar fitnah!!! berapa punya bengap la!!!

  5. ehh apa susah pembangkang tidak lemah…

    tetapi UMNO/BN yg keji tu byk menyekat pergerakan pembangkang

    tidak adil!!!!

  6. Inikah yang dikatakan Malaysia negara yang mengamalkan demokrasi? Demokrasi di Malaysia mati. Yang kuat terus di atas dan yang lemah terus ditindas. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar.

  7. pembangkang (PR) mmg tak abis2 dengan agenda, fahaman, fitnah, benda2 macam tu mmg tak boleh lari dari PR, anwar dengan kemaruk nak jadi pm, pak nik ngan fatwa2 yang mudah mempengaruh pengikut2nya, aku stuju pas nak tubuhkan ngara islam.. tapi kawannya sijahanam DAp tentang abis2an.. apa maksud hisbullah..?
    kenapa sekongkol ngan si jahanam..?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s