PKMM?

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan oleh penjajah British sewaktu zaman darurat. Amin Iskandar melaporkan bahawa PKMM akan dihidupkan semula. Sila klik disini. Daripada hasil risikan yang diperolehi oleh Malaysiakiri, PKMM yang akan dihidupkan semula itu, akan dijadikan persatuan terlebih dahulu dan konsepnya lebih luas. Hanya nama singkatan PKMM yang diambil tetapi diberi maksud yang berlainan. Selain daripada itu PKMM (Baru) juga dikatakan akan melancarkan penubuhannya pada 31 Ogos 2007 sempena 50 tahun Malaya dibebaskan daripada penjajahan British.

PKMM (Baru) juga dikatakan akan membawa semangat “Parti Kebangsaan Melayu Malaya” yang diharamkan lebih 50 tahun yang lalu tetapi akan diberi nafas baru. Diantara agenda PKMM (Baru) ialah untuk menghidupkan kembali semangat “Perlembagaan Rakyat” yang dibawa oleh PUTERA-AMCJA dahulu tetapi telah dinafikan oleh penjajah British yang lebih suka dengan UMNO,MCA dan MIC yang akan meneruskan legasi mereka.

4 responses to “PKMM?

  1. politikus mondok

    siapa presiden PKMM ni nanti?

  2. 1. siapa sponsor?
    2. syarat keahlian?
    3. Dapat endorsement dari siapa? Adakah lagi pemimpin PKMM yang layak memberi endorsement?
    4. ………..
    ………………
    ……………..

  3. kalau benar PKMM mahu ditubuhkan..saya mahu PKMM memainkan peranan yang lebih aktif..PKMM harus lari daripada terus mengikuti arus pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh SPR bukannya HANYA MENGIKUTINYA secara membabi buta..

    saya akan sokong PKMM kalau garis perjuangannya PILIHANJALANRAYA!!!!

  4. Ali Rafsanjani

    Adakah benar penubuhan PKMM (baru)
    akan dilahirkan?
    Adakah telah membuat kajian mendalam
    termasuk serampang dua mata dengan
    legasi PKMM (lama)?
    Kemana halatuju?
    Adakah dasar perjuangan
    tetap sama seperti PKMM (lama)?
    Siapa orang-orangnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s