Negara

Sudah hampir 50 tahun Malaya merdeka. Dan hampir 44 tahun terbentuknya Malaysia. Namun rakyat masih lagi hidup menderita. Di negara sendiri, seperti di dunia asing. Penjajahan dalam bentuk baru telah berlaku.

Gedung-gedung besar dibuka untuk memusnahkan peniaga-peniaga kecil. Gaji naik tidak ada makna apabila ianya seiring dengan kenaikkan harga barang. Pemimpin sombong dan bongkak.

Rasuah menjadi perkara biasa. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus papa kedana selama bergenerasi. Monopili disokong kerajaan. Anak dan menantu perdana menteri dibiarkan membolot harta negara dan kuasa.

Politik gengsterisme yang dikepalai oleh menantu perdana menteri dibiarkan berleluasa. Rakyat hidup dalam ketakutan. Rumah orang miskin dirobohkan. Rumah menteri dipagar tinggi-tinggi.

Kerajaan tidak membela rakyat ketika pemodal menaikkan harga. Perdana Menteri bapak rasuah. Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan CIA, Amerika. Dengan alasan melawan terorisme, CIA melatih polis. Dimanakah kedaulatan negara?

Bendera negara tak banyak bezanya dengan bendera Amerika. Polis dibiarkan menguasai negara. Ikut stail Amerika dimana CIA yang menguasai negara. Warga asing dibunuh kerana berebut komisen. Hakim yang seharusnya memberi keadilan bersekongkol dengan pembunuh.

Pemubunuh akan dilepaskan. Polis dibiarkan terus berkuasa mambawa agenda imperialis Amerika. Kem Kamunting telah dikosongkan. Siapa lagi yang akan kena? Apa sudah jadi dengan negara ini? Lagu dan cerita lama dimainkan semula.

10 responses to “Negara

  1. Betul dan tiada yang tak betul melainkan semua nya betul 100 % bagai dikata !

  2. Apakah Erti kemerdekaan ?jika rakyat masih merana

  3. …apa erti kemerdekaan kalau WANG & MASA rakyat di rompak siang malam tanpa belas kasian di TOLL sepanjang negara ….

  4. kadang-kadang ada betul tapi kadang-kadang kita acap juga terlanjur kata

  5. Apa akan jadi 50 tahun lagi !!! Anak cucu kita akan merana jika keadaan spt. sekarang tidak berubah. Para Pemimpin berkuasa, rasuah dan pelbagai lagi, PDRM perompak berlesen, habis kepada siapa kita nak mengadu? Cuma satu undi ditangan menjadi penentu!!!!

  6. 😆
    Salam Kenal dari Indonesia❗

  7. benarkan rakyat malaysia begitu merana? benarkan gudang-gudang besar yang didirikan tidak memberi manfaat kepada rakyat? benarkan polis tidak mejaga keamanan? benarkan rasuah bermahajalela?

  8. sembang bleh laaah, org merana laa, polis rasuah laa, mcm2 lah……sedekah kat org sekupang pun bkira!!! ada hati nak tegakkan keadilan konon!!!

  9. sedikit sebanyak tangan yg menyumbang insyaallah dapat mengurangkan beban orang yg tidak bernasib baik..tidak perlu menungu kerajaan atau pembangkang..rasanya diri sendiri pun boleh membantu..sama2 kita membantu mengurangkan..pedulikan taktik kotor politik mereka..jika sama2 bantu membantu tak kira kulit atau bangsa insyaallah sama2 dapat menikmatinya..walaupun tidak kaya..tetapi di akhirat akan dikira..

  10. apa la korang ni.. apa betul ke perdana menteri bapak rasuah..? hoho aku tak berani cakap.. lu pikir la diri lu dulu.. orang tak de ilmu n pndedahan yang btl.. tapi nak menyembang macam ni la, tak baik macam tu geng, korang ngan tanggungjawab korang, polis macam tu gak,
    takde krajaan, tntera, polis, yang yang berkaitan tak tentu kita leh myembang macam ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s