Sebuah Dokumentari Yang Wajib Ditonton

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka trailer

Selamat Berpuasa.

Setelah lama menyepi, Malaysiakiri kembali. Kembali pada hari pertama Ramadhan. Kembali setelah berlakunya insiden di Batu Burok, Terengganu. Insiden ini diciptakan oleh Polis diatas arahan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberikan imej yang buruk kepada parti politik pembangkang.

Sebab itu dari dulu lagi Malaysiakiri mengambil pendirian untuk tidak mahu masuk kedalam perangkap yang diciptakan oleh UMNO-BN untuk terus mempertahankan Hegemoni mereka.

Di Malaysia, UMNO memainkan peranan yang besar untuk terus menguasai orang Melayu. Terutamanya dikampung-kampung dan diluar bandar. Dengan bermodalkan kain baitik, kain pelikat dan duit RM 50, undi orang Melayu dapat dibeli demi memastikan mereka terus berkuasa.

Insiden yang berlaku di Batu Burok menunjukkan murahnya nyawa Orang Melayu di Malaysia berbanding dengan nyawa Orang Cina. Malaysiakiri tidak bermaksud untuk memainkan isu perkauman tetapi menganalisa menggunakan analisa kelas.

Nyawa Orang Melayu di Batu Burok yang ditembak tempoh hari adalah murah oleh kerana mereka datang dari kelas bawahan ataupun kelas yang tertindas. Manakala beberapa minggu yang lalu ketika berlakunya protes di Ladang Babi di Melaka, pihak polis mengambil jalan untuk berundur. Ini semuanya kerana pengusaha-pengusaha Babi itu adalah kaum pemodal yang akan terus mendokong pemerintah.

Bulan Puasa adalah bulan yang mulia disisi Islam. Malaysiakiri ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakyat Malaysia. Hanya ada satu pesanan, jangan terperangkap dengan program bermaaf-maafan yang akan diperalatkan untuk meminta Orang Melayu untuk memaafkan pihak polis dan kerajaan yang telah menembak rakyat.

Kuatkan semangat untuk terus berjuang, kalau terpaksa bayar dengan darah dan nyawa, bayarlah. Biar bangsa kita benar-benar Merdeka!!!

Negara

Sudah hampir 50 tahun Malaya merdeka. Dan hampir 44 tahun terbentuknya Malaysia. Namun rakyat masih lagi hidup menderita. Di negara sendiri, seperti di dunia asing. Penjajahan dalam bentuk baru telah berlaku.

Gedung-gedung besar dibuka untuk memusnahkan peniaga-peniaga kecil. Gaji naik tidak ada makna apabila ianya seiring dengan kenaikkan harga barang. Pemimpin sombong dan bongkak.

Rasuah menjadi perkara biasa. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus papa kedana selama bergenerasi. Monopili disokong kerajaan. Anak dan menantu perdana menteri dibiarkan membolot harta negara dan kuasa.

Politik gengsterisme yang dikepalai oleh menantu perdana menteri dibiarkan berleluasa. Rakyat hidup dalam ketakutan. Rumah orang miskin dirobohkan. Rumah menteri dipagar tinggi-tinggi.

Kerajaan tidak membela rakyat ketika pemodal menaikkan harga. Perdana Menteri bapak rasuah. Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan CIA, Amerika. Dengan alasan melawan terorisme, CIA melatih polis. Dimanakah kedaulatan negara?

Bendera negara tak banyak bezanya dengan bendera Amerika. Polis dibiarkan menguasai negara. Ikut stail Amerika dimana CIA yang menguasai negara. Warga asing dibunuh kerana berebut komisen. Hakim yang seharusnya memberi keadilan bersekongkol dengan pembunuh.

Pemubunuh akan dilepaskan. Polis dibiarkan terus berkuasa mambawa agenda imperialis Amerika. Kem Kamunting telah dikosongkan. Siapa lagi yang akan kena? Apa sudah jadi dengan negara ini? Lagu dan cerita lama dimainkan semula.

Pilihanraya umum

Cakap-cakap tentang pilihanraya umum tidak berhenti-henti. Ramai pihak mempunyai teori masing-masing dalam meramalkan tarikh pilihanraya. Begitulah mundurnya sistem pilihanraya di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di Asia.

Di Malaysia, tarikh pilihanraya adalah satu misteri yang hanya diketahui oleh Perdana Menteri. Malaysiakiri mendapat maklumat yang mengatakan bahawa pilihanraya akan diadakan pada bulan Ogos ini.

Walaupun SPR mengatakan yang mereka hanya bersedia jika pilihanraya umum diadakan pada bulan September ini, ia hanyalah satu taktik untuk mengelirukan parti pembangkang.

Bila parlimen dibubarkan minggu depan, maka kelam kabutlah pembangkang. Barisan Nasional sememangnya telah lama bersedia. Mereka juga sudah mempunyai senarai calon yang akan bertanding.

Sedangkan parti pembangkang masih lagi berunding tentang kerusi. Selain daripada tarikh pilihanraya, Malaysiakiri juga diberitahu bahawa parti-parti pembangkang akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang.

100,000 pengundi akan dibawa dari Selatan Thailand, Indonesia, India, China dan Filipina untuk memastikan kerusi DUN dan Parlimen yang dimiliki oleh pembangkang dan yang telah goyang akan dapat dirampas dan dipertahankan.

Jangan terkejut jika anda melihat ramai pemimpin-pemimpin parti pembangkang terutamanya dari PKR akan kecewa selepas pilihanraya umum ini. Harapan dan impian untuk melihat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri hanya tinggal harapan.

Kesilapan besar yang dilakukan oleh parti politik pembangkang ialah apabila mereka bertanding dalam pilihanraya kecil di Ijok selepas pilihanraya kecil di Batu Talam diboikot. PAS dan PKR telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

Anda semua boleh lihat bagaimana panik dan cemas UMNO dan BN apabila pilihanraya kecil Batu Talam diboikot. Malaysiakiri tidak menyalahkan DAP oleh kerana kami melihat DAP tidak lebih dari PAP dari Singapura.

Selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum yang akan datang ini barulah parti-parti politik pembangkang terutamanya PAS dan PKR akan sedar bahawa pilihanraya di Malaysia tidak akan membawa perubahan. Pada ketika itu mereka akan mula sedar tentang kuasa rakyat tetapi telah terlambat oleh kerana sudah tidak ramai lagi rakyat bersama mereka. PKR akan menjadi seperti PRM, lantang tetapi mengecil.

PAS akan terus bertahan walaupun tidak mempunyai kerusi di Parlimen dan DUN. DAP akan terus menjadi pembangkang di Parlimen dan DUN oleh kerana itulah tujuan mereka ditubuhkan. Malaysia akan memerlukan 50 tahun lagi sebelum UMNO dan BN digulingkan.

Tahniah Iraq!!! Selepas ini tentera Anglo Amerika pula akan dikalahkan!!!

Tahniah diucapkan kepada skuad bolasepak Iraq kerana berjaya menewaskan Arab Saudi. Sila klik disini. Walaupun sekarang ini Iraq masih lagi dalam peperangan melawan penjajah yang diketuai oleh Amerika Syarikat, ini tidak melemahkan pasukan bolasepak negara tersebut untuk berjuang habis-habisan untuk menjuarai Piala Asia pada tahun 2007 ini.

Kemenangan ini adalah petanda baik bagi rakyat Iraq. Ia akan memberikan semangat untuk rakyat Iraq dalam peperangan melawan penjajah Anglo- Amerika. Arab Saudi yang terkenal sebagai agen nombor 1 Amerika di tanah Arab telah ditewaskan dari segi moral. Selepas ini giliran tentera bersekutu yang dikepalai oleh Amerika Syarikat akan dihalau keluar dari Iraq.

Iraq akan menjadi Vietnam kepada Amerika Syarikat pada permulaan abad ke 21 ini. Nantikanlah!!!!