Kerjasama PDRM-CIA?

img_1359.jpg

PDRM menghantar FRU untuk mempertahankan Kedutaan AS.

img_1361.jpg

Anggota PDRM bersama agen CIA (lelaki yang memakai kemeja petak-petak di belakang)

Semalam (29 Jun 2007) bersamaan dengan hari Jumaat, Malaysiakiri sempat menghadiri demonstrasi pro HAMAS yang dianjurkan oleh PAS dihadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat.

Demonstrasi yang dihadiri oleh 500 orang penyokong PAS itu tidak langsung dihalang oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Daripada pemerhatian Malaysiakiri, terdapat koordinasi secara langsung oleh agen CIA (Central Intelligence Agency) dengan Special Branch Malaysia.

Sila lihat gambar diatas. Lelaki Mat Salleh tersebut merupakan agen CIA yang dihantar ke Malaysia untuk memantau secara langsung aktiviti politik didalam negara ini yang dikatakan sebagai negara majoriti Muslim yang moderan.

Malaysiakiri mengutuk sekeras-kerasnya kehadiran CIA di Malaysia. Seperti yang semua rakyat sedia maklum, CIA telah membuat banyak kerja-kerja jahat didunia. Sebelum Iraq diserang, telah ramai anggota CIA yang tinggal didalam negara tersebut selama beberapa tahun sebelum peperangan bermula.

Malaysiakiri berharap agar rakyat Malaysia yang cintakan kedaulatan negara agar bersama-sama untuk mengekang pergerakkan CIA dinegara kita. Jika anda mempunyai apa-apa artikel atau gambar mengenai pergerakkan CIA dan agen-agennya di Malaysia, sila emailkan kepada malaysiakiri@gmail.com.

Ingat! Dahulu sebelum Melaka dijajah, Portugis telah menghantar orang-orangnya untuk merisik bumi Melaka melalui alasan perniagaan. Jangan biarkan negara dijajah oleh penjajah luar mahupun oleh boneka-boneka penjajah seperti Barisan Nasional yang mendokong Perlembagaan Perseketuan yang didraft oleh penjajah British.

One response to “Kerjasama PDRM-CIA?

  1. Dah jadi adat dunia ini. “Busy body” terbesar ialah A.S. Takut dengan bayang-bayang. Tapi dengan keadaan persekitaran suasana yang ada di Malaysia kini, lebih banyak ‘opportunist’ berbanding yang mempunyai jati diri yang tegar. Di umpan dengan wang ringgit, wanita-wanita cantik, kesenangan dunia, ugutan terhadap kaum keluarga, khalayak Malaysia akan memilih kepada kesenangan dari penderitaan. Iyalah… kita merdeka dengan cara runding cara tidak dengan penggunaan senjata, taktik, strategi, tenaga dan pan dai akal.
    Kemampuan khalayak Malaysia juga tidak teruji. Krdibiliti dari segi boleh merancang sendiri, mencapai maklumat-maklumat rahsia dari website-website antarabangsa samada dengan apa cara sekalipun kita tidak mampu adakan inikan pula gerakan underground yang kemas dan teratur, tidak ada langsung. Apakah langkah-langkah yang sepatutnya kita ada bagi memastikan si celaka CIA ini tidak boleh permainkan kita???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s