Eric Chia terlepas….

Malaysiakini melaporkan Eric Chia terlepas dari tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membuat pembelaan.

Malaysiakiri masih teringat sewaktu Eric Chia mula dihadapkan ke mahkamah beberapa tahun dahulu, penyamun ini datang dengan kerusi roda seperti bekas presiden Indonesia, Soeharto ketika diseret ke mahkamah selepas digulingkan pada bulan Mei 1998.

Sekarang penyamun ini sudah terlepas. Pak Lah nampaknya tidak berani mengambil tindakan terhadap penyamun besar. Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh seorang penulis dalam artikelnya yang disiarkan di Malaysia Today sewaktu mengulas mengenai isu UM yang hendak digadai,

“Biar saya nyatakan di sini sekali lagi bahawa para cukong ini TIDAK mungkin dan tidak berani melakukan rompakan ke atas tanah Melayu jika TIDAK ada kerjasama yang intim dengan benggolan politikus Melayu/Bumiputera”.

Inilah yang berlaku. Politikus Melayu/Bumiputera  sekarang ini Malaysiakiri tukar gelarannya sebagai  “Politikus Tikus Haprak”. Politikus Tikus Haprak akan terus dipayung oleh cukong-cukong seperti Eric Chia demi survival politk yang memerlukan modal yang besar.

Mana taknya, kalau satu Ketua Pemuda UMNO bahagian perlu dibayar sebanyak RM 10,000, berapa banyak bahagian UMNO ada? Itu baru Ketua Pemuda UMNO bahagian, bagaimana pula dengan Ketua  Pemuda UMNO negeri?

Jadi Malaysiakiri berharap agar orang Malaya tidak akan terus terpengaruh dengan Politikus Tikus Haprak dan cukong-cukong yang akan terus merompak hasil kekayaan negara.

One response to “Eric Chia terlepas….

  1. Apa nak buat, kalau budak curi telur ayam kene 3 tahun. Tapi kalau 60 juta tak ape. Kalau Melayu tak jual negeri sendiri, sape lagi. Inilah yang berlaku pada Negeri Melaka dulu dan begitu juga Palastin. Sama bodoh Arab dan Melayu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s