CERITA TAK BEST!…

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.

Kes pertama: Di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.


Kes kedua: Di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit RM20 ribu.

Kes mana yang kita kejarkan dulu?

Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, betul tak? Maksud saya, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?

Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat? Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.

Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu
minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan air tin kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita.

Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang.

Nakal sungguh budak ni! Apahal mamat ni diam saja, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. “Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!”

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.” Kemudian dia sambung lagi: “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”

8 responses to “CERITA TAK BEST!…

  1. Langsung x best ar.. Hehe.. Sodey ader ar.. Huhuh..

  2. Crita xbest..tapi dwet RM20k tu best!!!

  3. Pingback: Top Posts « WordPress.com

  4. dateen_daQueen

    mmmmm…
    menginsafkn cte nye,,,,

  5. jangan mudah bersangka-sangka..

  6. contoh laaa, ko x cukup sekupang nak g haji………..jalan2, kat longkang kiri jumpa sekupang, kat longkang kanan jumpa singgit………mn satu ko ambik????? alaaa org cam ko nih mesti ambik dua2…….tul x?????

  7. You have got a genuine talent for words.

  8. Ernest Hemingway said that being a writer is a piece of cake.
    All you do is sit down at a typewriter and bleed. I think
    that superior writing must be like that and I’ll definitely return to
    this blog, because it has a great deal of brilliant writing,
    and it is noticeable that someone This blog proves that good writing is not always easy, but “bled” to get it
    right.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s