Siapa Taji?

Heboh akhbar Harian Metro melaporkan tentang Taji berserta gejala yang dibawanya. Minum arak, bertatu, mengamalkan seks bebas dan katanya menolak agama. Benar, Taji minum arak. Benar, Taji bertatu. Tidak benar, Taji mengamalkan hubungan seks bebas kerana Taji percaya pada kesetiaan cinta. Kerana Taji cintanya tetap pada yang satu. Siapakah cinta itu? Jangan ditanya, kerana semua manusia masih belum tentu hujung jalannya.

Benar, Taji menolak agama. Tetapi agama yang macam mana yang ditolak Taji? Agama yang sering menjadi topeng kekuasaan dan manusia takhta yang tamak harta. Agama yang dijual-beli sebagai modal meraih undi, sebagai hiasan, sebagai rupa dan kadangkala sebagai perisai kekuasaan. Agama yang menjadi pakaian manusia pura-pura. Si munafik yang sibuk pada hal Taji, tetapi takut tunduk, sujud hormat pada wang dan kuasa. Perlukah Taji menunjukkan contoh-contohnya? Taji rasa sudah terlalu banyak misal-misal kebusukan dan kehinaan. Skandal seks pemimpin negara; pemimpin negara kaki rasuah; pemimpin negara penyangak, gangster dan mafia; pemimpin negara menjual harta dan aset tanahair.

Taji adalah seorang freethinker. Itu benar. Taji tidak menafikan tentang itu. Sebabnya Taji percaya pada kemerdekaan berfikir. Taji percaya berfikir adalah proses yang memerlukan kemerdekaan. Sepertimana Taji yakin dan beriman bahawa negara Malaysia masih belum pernah merdeka. Belum pernah merdeka kerana asas undang-undang dan peraturan negara yang ada hanyalah warisan paksaan yang dibentuk penjajah Inggeris.

Bayangkan perlembagaan negara yang dijunjung tinggi sekalian rakyat Malaysia-hingga kadangkala menjadi seperti wahyu tuhan yang suci-hanyalah rekaan Lord Reid, hakim keturunan Scottish dari mahkamah penjajah Britain. Dan rakyat dipaksa percaya. Rakyat dipaksa samada sedar atau tidak untuk tunduk, rukuk, sujud dan berniat bahawa segalanya hanyalah untuk negara-akhirnya pemimpin negara menjadi tuhan dan rakyat menjadi hamba.

Pemimpin negara bukanlah tuhan yang wajib disembah. dan rakyat juga bukanlah hamba yang wajib menyembah pemimpin negara. Taji percaya perlu ada usaha membentuk sebuah perjanjian baru antara rakyat dan negara. Apakah isi dan rangka perjanjian itu? Terserahlah pada rakyat menentukannya. Taji terkenang manis isi janji antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Tapi Taji rasa, rakyat semua tidak pernah berbuat janji dengan James Reid!

Akhir kata dari Taji, undilah Barisan Nasional di Pilihanraya Umum akan datang. Jumpa lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s