Suara Orang-orang Kecil

Entries categorized as ‘Tokoh’

Perihal Ahmad Boestamam

Jun 20, 2007 · Tinggalkan Komen

Ayahku, Ahmad Boestamam – Rustam A. Sani

 

[Rencana ini pada mulanya diterbitkan dalam majalah Massa (Isu Khas Hari Kebangsaan): 29 Ogos – 4 September 1998. Tulisan ini disiarkan semula di sini sebagai sambutan “Hari Bapa” yang dirayakan hari ini (17 Jun 2007) dan sambutan awal saya untuk hari kemerdekaan ke-50 negara yang akan dirayakan pada 31 Ogos 2007 nanti. Klik di sini untuk suatu koleksi gambar-gambar Allahyaraham].

 

MESKIPUN saya anak lelaki tunggal Ahmad Boestamam (selain adik perempuan saya, Norliah), namun saya yakin bahawa saya bukanlah orang yang terbaik untuk menulis tentang beliau. Saya tidak mengenal beliau secara peribadi, kerana sepanjang hidup saya tidak pernah tinggal bersama beliau untuk jangka waktu yang lama untuk memungkinkan saya mengenal beliau dengan cukup mendalam.

 

‘Kerjaya’ politik dan kewartawanan beliau bermula sejak umur yang masih muda. Beliau ‘mengorbankan’ pendidikannya di Sekolah Anderson, Ipoh, untuk menceburkan dirinya dalam dua bidang tersebut. Ahmad Boestamam lahir (sebagai Abdullah Sani bin Raja Kechil) pada 30 November 1920, dan seawal tahun 1941 beliau telah ditahan oleh pemerintah kolonial Inggeris kerana kegiatan politiknya – hanya dibebaskan oleh pemerintah Jepun pada tahun berikutnya.

 

Pada tahun 1946 beliau mulai memimpin Angkatan Pemuda Insaf (API) – yakni gerakan pemuda (sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)) beraliran nasionalis yang bersifat ‘kiri’ dan radikal – dan menerbitkan Testamen Politik Api yang mengajukan gagasan ‘merdeka dengan darah.’ Kerana karya tersebut, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut pada tahun berikutnya, dan beliau dikenakan denda $1,200.00.

(lagi…)

Kategori: Tokoh