Suara Orang-orang Kecil

Entries categorized as ‘Taji-Menaji’

Siapa Taji?

Jun 20, 2007 · Tinggalkan Komen

Heboh akhbar Harian Metro melaporkan tentang Taji berserta gejala yang dibawanya. Minum arak, bertatu, mengamalkan seks bebas dan katanya menolak agama. Benar, Taji minum arak. Benar, Taji bertatu. Tidak benar, Taji mengamalkan hubungan seks bebas kerana Taji percaya pada kesetiaan cinta. Kerana Taji cintanya tetap pada yang satu. Siapakah cinta itu? Jangan ditanya, kerana semua manusia masih belum tentu hujung jalannya.

Benar, Taji menolak agama. Tetapi agama yang macam mana yang ditolak Taji? Agama yang sering menjadi topeng kekuasaan dan manusia takhta yang tamak harta. Agama yang dijual-beli sebagai modal meraih undi, sebagai hiasan, sebagai rupa dan kadangkala sebagai perisai kekuasaan. Agama yang menjadi pakaian manusia pura-pura. Si munafik yang sibuk pada hal Taji, tetapi takut tunduk, sujud hormat pada wang dan kuasa. Perlukah Taji menunjukkan contoh-contohnya? Taji rasa sudah terlalu banyak misal-misal kebusukan dan kehinaan. Skandal seks pemimpin negara; pemimpin negara kaki rasuah; pemimpin negara penyangak, gangster dan mafia; pemimpin negara menjual harta dan aset tanahair.

(lagi…)

Kategori: Taji-Menaji

Taji akan menulis

Jun 20, 2007 · Tinggalkan Komen

Berikutan pendedahan Harian Metro bertarikh 11 Mei 2007 dengan tajuk ‘Anak seni tolak agama’, Taji pemuzik jalanan yang dikaitkan antara individu yang telah menolak agama akan menulis di Malaysiakiri dalam ruangan Taji Menaji.

Taji dalam satu kenyataan ringkas ketika dihubungi wartawan Malaysiakiri berkata dia berharap agak wartawan Harian Metro, Helmy Abdul Rahman akan mendapat hidayah dan kesejahteraan dalam hidupnya.

Kategori: Taji-Menaji