Suara Orang-orang Kecil

Entries categorized as ‘Khas’

Sudah sampai masanya PDRM dimansuhkan…..

Julai 12, 2007 · 15 komen

Masa telah tiba untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dimansuhkan. Sudah terlalu banyak jenayah yang PDRM lakukan kepada rakyat Malaysia. Yang terbaru, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuat laporan rasuah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kes Altantuya menggemparkan apabila kita menyaksikan Polis UTK membunuh dan meletupkan mayat warga Mongolia itu.

Tragedi Memali menyaksikan bagaimana PDRM bersekongkol dengan KDN untuk membunuh As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Banyak lagi jenayah dan kecurangan PDRM terhadap rakyat Malaysia. Polis yang seharusnya menjaga keselamatan rakyat telah bertukar menjadi penindas rakyat. IPCMC ditolak kerana PDRM mengatakan bahawa  kuasa kepada Polis akan berkurangan.

Apakah benar seperti apa yang didakwa oleh Dr. Mahathir bahawa Malaysia adalah negara Polis? Ia itu benar. Malaysia adalah negara Polis semenjak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan termasuk juga zaman Tun Dr. Mahathir sendiri.

Abdullah Badawi hanyalah meneruskan legasi Perdana Menteri yang sebelumnya. Legasi penjajah British yang memecahbelahkan rakyat Malaysia untuk memudahkan pemerintahan.

Tutup PDRM!!!

Kategori: Khas · Malaysiakiri · Politik

Surat seorang rakyat kepada Perdana Menteri

Julai 12, 2007 · Tinggalkan Komen

Berikut adalah surat seorang rakyat kepada seorang Perdana Menteri;

Bertarikh : 11 Julai 2007/26 Jamadil Akhir 1427

YAB Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, PUTRAJAYA

YAB ,

LAPORAN BPR OLEH PEGAWAI KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE ATAS KETUA POLIS NEGARA

Saya ingin menarik perhatian YAB kepada satu laporan Bernama bertajuk ‘Ministry lodges report on allegations of corruption against IGP’ dan juga akhbar The Star terbitan hari ini pada muka surat N 16 bertajuk ‘Johari Takes Cops To Task.’ (Lampiran disertakan)

Suka saya menarik perhatian segera YAB terhadap beberapa para laporan tersebut;

(Bernama) — The Internal Security Ministry has lodged a report with the Anti-Corruption Agency (ACA) on the allegations of corruption involving Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan.

Its deputy minister, Datuk Mohd Johari Baharum said the report was to enable investigations to be carried out.

“The matter is under the Prevention Ordinance and I have asked for further clarification from Bukit Aman,” he said.

Musa was alleged to have received a bribe of RM2.1 million to release a group of gangsters.

When contacted by Bernama, Mohd Johari said the report to the ACA was lodged after he was not satisfied with several explanations given by the police on the matter.

“I have no choice… that’s why I sent the report to the ACA for investigation,” he said.

Asked when the report was made, Mohd Johari said: “A long time ago… when the issue on corruption was raised in the website”.

The deputy minister said that following the allegation in the blog, he had tried to get an explanation by asking for several documents from the police, but this was not forthcoming.

(lagi…)

Kategori: Khas

Eric Chia terlepas….

Jun 26, 2007 · 1 Komen

Malaysiakini melaporkan Eric Chia terlepas dari tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membuat pembelaan.

Malaysiakiri masih teringat sewaktu Eric Chia mula dihadapkan ke mahkamah beberapa tahun dahulu, penyamun ini datang dengan kerusi roda seperti bekas presiden Indonesia, Soeharto ketika diseret ke mahkamah selepas digulingkan pada bulan Mei 1998.

Sekarang penyamun ini sudah terlepas. Pak Lah nampaknya tidak berani mengambil tindakan terhadap penyamun besar. Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh seorang penulis dalam artikelnya yang disiarkan di Malaysia Today sewaktu mengulas mengenai isu UM yang hendak digadai,

“Biar saya nyatakan di sini sekali lagi bahawa para cukong ini TIDAK mungkin dan tidak berani melakukan rompakan ke atas tanah Melayu jika TIDAK ada kerjasama yang intim dengan benggolan politikus Melayu/Bumiputera”.

Inilah yang berlaku. Politikus Melayu/Bumiputera  sekarang ini Malaysiakiri tukar gelarannya sebagai  “Politikus Tikus Haprak”. Politikus Tikus Haprak akan terus dipayung oleh cukong-cukong seperti Eric Chia demi survival politk yang memerlukan modal yang besar.

Mana taknya, kalau satu Ketua Pemuda UMNO bahagian perlu dibayar sebanyak RM 10,000, berapa banyak bahagian UMNO ada? Itu baru Ketua Pemuda UMNO bahagian, bagaimana pula dengan Ketua  Pemuda UMNO negeri?

Jadi Malaysiakiri berharap agar orang Malaya tidak akan terus terpengaruh dengan Politikus Tikus Haprak dan cukong-cukong yang akan terus merompak hasil kekayaan negara.

Kategori: Khas · Malaysiakiri · Politik · Semasa

malaysiakiri menyokong semusim di neraka

Jun 25, 2007 · 10 komen

Kami di malaysiakiri ingin menyatakan pendirian kami bahawa kami menyokong sepenuhnya blog semusim di neraka (neraka2.blogspot.com).

Biarpun ada sesetengah pihak mempertikaikan bahasa yang digunakan oleh empunya blog tersebut, kami berpendapat bahawa empunya blog tersebut berhak sepenuhnya ke atas blog beliau dan berhak menggunakan bahasa yang selesa beliau gunakan.

Sekian. Terima Kasih

Kategori: Khas