Suara Orang-orang Kecil

Entries from Ogos 2007

Negara

Ogos 4, 2007 · 10 komen

Sudah hampir 50 tahun Malaya merdeka. Dan hampir 44 tahun terbentuknya Malaysia. Namun rakyat masih lagi hidup menderita. Di negara sendiri, seperti di dunia asing. Penjajahan dalam bentuk baru telah berlaku.

Gedung-gedung besar dibuka untuk memusnahkan peniaga-peniaga kecil. Gaji naik tidak ada makna apabila ianya seiring dengan kenaikkan harga barang. Pemimpin sombong dan bongkak.

Rasuah menjadi perkara biasa. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus papa kedana selama bergenerasi. Monopili disokong kerajaan. Anak dan menantu perdana menteri dibiarkan membolot harta negara dan kuasa.

Politik gengsterisme yang dikepalai oleh menantu perdana menteri dibiarkan berleluasa. Rakyat hidup dalam ketakutan. Rumah orang miskin dirobohkan. Rumah menteri dipagar tinggi-tinggi.

Kerajaan tidak membela rakyat ketika pemodal menaikkan harga. Perdana Menteri bapak rasuah. Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan CIA, Amerika. Dengan alasan melawan terorisme, CIA melatih polis. Dimanakah kedaulatan negara?

Bendera negara tak banyak bezanya dengan bendera Amerika. Polis dibiarkan menguasai negara. Ikut stail Amerika dimana CIA yang menguasai negara. Warga asing dibunuh kerana berebut komisen. Hakim yang seharusnya memberi keadilan bersekongkol dengan pembunuh.

Pemubunuh akan dilepaskan. Polis dibiarkan terus berkuasa mambawa agenda imperialis Amerika. Kem Kamunting telah dikosongkan. Siapa lagi yang akan kena? Apa sudah jadi dengan negara ini? Lagu dan cerita lama dimainkan semula.

Kategori: Politik · Semasa

Pilihanraya umum

Ogos 1, 2007 · 7 komen

Cakap-cakap tentang pilihanraya umum tidak berhenti-henti. Ramai pihak mempunyai teori masing-masing dalam meramalkan tarikh pilihanraya. Begitulah mundurnya sistem pilihanraya di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di Asia.

Di Malaysia, tarikh pilihanraya adalah satu misteri yang hanya diketahui oleh Perdana Menteri. Malaysiakiri mendapat maklumat yang mengatakan bahawa pilihanraya akan diadakan pada bulan Ogos ini.

Walaupun SPR mengatakan yang mereka hanya bersedia jika pilihanraya umum diadakan pada bulan September ini, ia hanyalah satu taktik untuk mengelirukan parti pembangkang.

Bila parlimen dibubarkan minggu depan, maka kelam kabutlah pembangkang. Barisan Nasional sememangnya telah lama bersedia. Mereka juga sudah mempunyai senarai calon yang akan bertanding.

Sedangkan parti pembangkang masih lagi berunding tentang kerusi. Selain daripada tarikh pilihanraya, Malaysiakiri juga diberitahu bahawa parti-parti pembangkang akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang.

100,000 pengundi akan dibawa dari Selatan Thailand, Indonesia, India, China dan Filipina untuk memastikan kerusi DUN dan Parlimen yang dimiliki oleh pembangkang dan yang telah goyang akan dapat dirampas dan dipertahankan.

Jangan terkejut jika anda melihat ramai pemimpin-pemimpin parti pembangkang terutamanya dari PKR akan kecewa selepas pilihanraya umum ini. Harapan dan impian untuk melihat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri hanya tinggal harapan.

Kesilapan besar yang dilakukan oleh parti politik pembangkang ialah apabila mereka bertanding dalam pilihanraya kecil di Ijok selepas pilihanraya kecil di Batu Talam diboikot. PAS dan PKR telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

Anda semua boleh lihat bagaimana panik dan cemas UMNO dan BN apabila pilihanraya kecil Batu Talam diboikot. Malaysiakiri tidak menyalahkan DAP oleh kerana kami melihat DAP tidak lebih dari PAP dari Singapura.

Selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum yang akan datang ini barulah parti-parti politik pembangkang terutamanya PAS dan PKR akan sedar bahawa pilihanraya di Malaysia tidak akan membawa perubahan. Pada ketika itu mereka akan mula sedar tentang kuasa rakyat tetapi telah terlambat oleh kerana sudah tidak ramai lagi rakyat bersama mereka. PKR akan menjadi seperti PRM, lantang tetapi mengecil.

PAS akan terus bertahan walaupun tidak mempunyai kerusi di Parlimen dan DUN. DAP akan terus menjadi pembangkang di Parlimen dan DUN oleh kerana itulah tujuan mereka ditubuhkan. Malaysia akan memerlukan 50 tahun lagi sebelum UMNO dan BN digulingkan.

Kategori: Politik · Semasa