Suara Orang-orang Kecil

Entries from Julai 2007

Tahniah Iraq!!! Selepas ini tentera Anglo Amerika pula akan dikalahkan!!!

Julai 29, 2007 · 2 komen

Tahniah diucapkan kepada skuad bolasepak Iraq kerana berjaya menewaskan Arab Saudi. Sila klik disini. Walaupun sekarang ini Iraq masih lagi dalam peperangan melawan penjajah yang diketuai oleh Amerika Syarikat, ini tidak melemahkan pasukan bolasepak negara tersebut untuk berjuang habis-habisan untuk menjuarai Piala Asia pada tahun 2007 ini.

Kemenangan ini adalah petanda baik bagi rakyat Iraq. Ia akan memberikan semangat untuk rakyat Iraq dalam peperangan melawan penjajah Anglo- Amerika. Arab Saudi yang terkenal sebagai agen nombor 1 Amerika di tanah Arab telah ditewaskan dari segi moral. Selepas ini giliran tentera bersekutu yang dikepalai oleh Amerika Syarikat akan dihalau keluar dari Iraq.

Iraq akan menjadi Vietnam kepada Amerika Syarikat pada permulaan abad ke 21 ini. Nantikanlah!!!!

Kategori: Antarabangsa · Anti Penjajahan · Malaysiakiri · Politik

Malaysiakiri kembali

Julai 29, 2007 · 2 komen

Lebih dua minggu Malaysiakiri tidak update sebarang berita, rencana, pendapat dan apa-apa saja maklumat. Ini adalah kerana kami mengalami sedikit masalah untuk menggunakan internet kerana bil internet telah dipotong.

Namun masalah ini telah dapat diselesaikan dan kami meneruskan perjuangan kami mulai hari ini. Terima kasih kepada beberapa orang pembaca yang membantu untuk menyelesaikan masalah kami.

Kami akan terus beroperasi untuk bersama-sama dengan penulis-penulis blog dan webmaster yang lain untuk melawan serangan-serangan daripada Cyber Trooper yang diupah oleh kerajaan UMNO dan BN.

Kategori: Malaysiakiri

Sudah sampai masanya PDRM dimansuhkan…..

Julai 12, 2007 · 15 komen

Masa telah tiba untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dimansuhkan. Sudah terlalu banyak jenayah yang PDRM lakukan kepada rakyat Malaysia. Yang terbaru, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuat laporan rasuah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kes Altantuya menggemparkan apabila kita menyaksikan Polis UTK membunuh dan meletupkan mayat warga Mongolia itu.

Tragedi Memali menyaksikan bagaimana PDRM bersekongkol dengan KDN untuk membunuh As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Banyak lagi jenayah dan kecurangan PDRM terhadap rakyat Malaysia. Polis yang seharusnya menjaga keselamatan rakyat telah bertukar menjadi penindas rakyat. IPCMC ditolak kerana PDRM mengatakan bahawa  kuasa kepada Polis akan berkurangan.

Apakah benar seperti apa yang didakwa oleh Dr. Mahathir bahawa Malaysia adalah negara Polis? Ia itu benar. Malaysia adalah negara Polis semenjak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan termasuk juga zaman Tun Dr. Mahathir sendiri.

Abdullah Badawi hanyalah meneruskan legasi Perdana Menteri yang sebelumnya. Legasi penjajah British yang memecahbelahkan rakyat Malaysia untuk memudahkan pemerintahan.

Tutup PDRM!!!

Kategori: Khas · Malaysiakiri · Politik

Lepas kahwin Abdullah makin lemah

Julai 12, 2007 · 1 Komen

Naib Presiden PAS, Husam Musa mempersoalkan adakah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tidak tahu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di dalam kementerian yang diterajuinya sendiri sebelum menyambung perkhidmatan Musa.Beliau juga membangkitkan tanda tanya adakah Johari telah mendapat kebenaran Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri untuk membuat laporan BPR ke atas Musa.

“Polis di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Johari Timbalan Menterinya. Laporan BPR yang diarahkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri adalah tindakan rasmi.

(lagi…)

Kategori: Politik

Surat seorang rakyat kepada Perdana Menteri

Julai 12, 2007 · Tinggalkan Komen

Berikut adalah surat seorang rakyat kepada seorang Perdana Menteri;

Bertarikh : 11 Julai 2007/26 Jamadil Akhir 1427

YAB Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, PUTRAJAYA

YAB ,

LAPORAN BPR OLEH PEGAWAI KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE ATAS KETUA POLIS NEGARA

Saya ingin menarik perhatian YAB kepada satu laporan Bernama bertajuk ‘Ministry lodges report on allegations of corruption against IGP’ dan juga akhbar The Star terbitan hari ini pada muka surat N 16 bertajuk ‘Johari Takes Cops To Task.’ (Lampiran disertakan)

Suka saya menarik perhatian segera YAB terhadap beberapa para laporan tersebut;

(Bernama) — The Internal Security Ministry has lodged a report with the Anti-Corruption Agency (ACA) on the allegations of corruption involving Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan.

Its deputy minister, Datuk Mohd Johari Baharum said the report was to enable investigations to be carried out.

“The matter is under the Prevention Ordinance and I have asked for further clarification from Bukit Aman,” he said.

Musa was alleged to have received a bribe of RM2.1 million to release a group of gangsters.

When contacted by Bernama, Mohd Johari said the report to the ACA was lodged after he was not satisfied with several explanations given by the police on the matter.

“I have no choice… that’s why I sent the report to the ACA for investigation,” he said.

Asked when the report was made, Mohd Johari said: “A long time ago… when the issue on corruption was raised in the website”.

The deputy minister said that following the allegation in the blog, he had tried to get an explanation by asking for several documents from the police, but this was not forthcoming.

(lagi…)

Kategori: Khas