Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan oleh penjajah British sewaktu zaman darurat. Amin Iskandar melaporkan bahawa PKMM akan dihidupkan semula. Sila klik disini. Daripada hasil risikan yang diperolehi oleh Malaysiakiri, PKMM yang akan dihidupkan semula itu, akan dijadikan persatuan terlebih dahulu dan konsepnya lebih luas. Hanya nama singkatan PKMM yang diambil tetapi diberi maksud yang berlainan. Selain daripada itu PKMM (Baru) juga dikatakan akan melancarkan penubuhannya pada 31 Ogos 2007 sempena 50 tahun Malaya dibebaskan daripada penjajahan British.
PKMM (Baru) juga dikatakan akan membawa semangat “Parti Kebangsaan Melayu Malaya” yang diharamkan lebih 50 tahun yang lalu tetapi akan diberi nafas baru. Diantara agenda PKMM (Baru) ialah untuk menghidupkan kembali semangat “Perlembagaan Rakyat” yang dibawa oleh PUTERA-AMCJA dahulu tetapi telah dinafikan oleh penjajah British yang lebih suka dengan UMNO,MCA dan MIC yang akan meneruskan legasi mereka.
4 gerakbalas-gerakbalas so far ↓
politikus mondok // Jun 30, 2007 pada 4:38 pm
siapa presiden PKMM ni nanti?
ashlar // Julai 1, 2007 pada 3:09 pm
1. siapa sponsor?
2. syarat keahlian?
3. Dapat endorsement dari siapa? Adakah lagi pemimpin PKMM yang layak memberi endorsement?
4. ………..
………………
……………..
Malcolm // Julai 3, 2007 pada 3:34 am
kalau benar PKMM mahu ditubuhkan..saya mahu PKMM memainkan peranan yang lebih aktif..PKMM harus lari daripada terus mengikuti arus pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh SPR bukannya HANYA MENGIKUTINYA secara membabi buta..
saya akan sokong PKMM kalau garis perjuangannya PILIHANJALANRAYA!!!!
Ali Rafsanjani // Julai 10, 2007 pada 4:31 am
Adakah benar penubuhan PKMM (baru)
akan dilahirkan?
Adakah telah membuat kajian mendalam
termasuk serampang dua mata dengan
legasi PKMM (lama)?
Kemana halatuju?
Adakah dasar perjuangan
tetap sama seperti PKMM (lama)?
Siapa orang-orangnya?