Suara Orang-orang Kecil

Hamas atau Fatah?

Jun 28, 2007 · Tinggalkan Komen

Siapa pilihan anda? HAMAS atau FATAH? HAMAS dipilih secara langsung oleh rakyat Palestin melalui pilihanraya yang bebas dan adil. Ini diakui sendiri oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Jimmy Carter yang mengepalai kumpulan pemantau pilihanraya antarabangsa Carter Foundation sewaktu pilihanraya umum di Palestin yang lalu mengecam tindakan yang telah membelakangi demokrasi yang dilakukan oleh Presiden Mahmous Abbas apabila melantik Perdana Menteri baru sedangkan rakyat Palestin telah memilih Ismail dari HAMAS.

Jika anda bersama HAMAS, sila turun untuk bersama-sama dengan rakyat Malaysia untuk berdemonstrasi dihadapan kedutaan Amerika Syarikat pada hari Jumat ini, 29 Jun 2007 selepas solat Jumaat. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Kategori: Antarabangsa · Politik

0 responses so far ↓

  • Tidak ada komen buat masa ini...Sila isikan borang dibawah ini.

Tinggalkan Komen