Suara Orang-orang Kecil

Altantuya, Razak Baginda dan Orang Kampung

Jun 25, 2007 · 9 komen

Sekarang kemana-mana pun orang akan berbincang tentang kes Altantuya yang sedang berjalan sekarang. Tak kira di kedai kopi, di pub, di bar dan di kedai makan, akan terdengarlah nama Altantuya dan Razak Baginda. Tidak lupa juga Azilah dan Sirul.

Salah seorang dari wartawan Malaysiakiri berada di Kedah minggu lepas. Beliau tinggal di Kedah selama satu minggu. Di Kedah beliau berkesempatan untuk bertemu dengan masyarakat sekeliling dan sembang-sembang di kedai kopi.

Bila berbual bersama dengan orang kampung dikedai kopi, sempat juga beliau bertanya apa pandangan orang kampung tentang kes Altantuya. Rata-rata orang kampung tahu tentang kes yang sedang berjalan itu oleh kerana TV dan surat khabar memberikan laporan yang ekslusif.

Majoriti orang-orang kampung yang dtemui oleh wartawan Malaysiakiri mengatakan bahawa “Altantuya dan Razak Baginda sama-sama jahat. Bergaduh kerana duit. Sekarang Razak Baginda yang dapat duit itu dulu maka Altantuya dibunuhlah. Kalau Altantuya yang dapat duit itu dulu, maka Razaklah yang akan dibunuh”.

Wartawan Malaysiakiri itu tersentak apabila mendengar jawapan daripada rata-rata orang kampung. Walaupun mereka tak begitu terdedah kepada kebebasan untuk mendapatkan maklumat di internet, fikiran mereka tajam dalam menganalisa isu semasa. Tabik Malaysiakiri berikan kepada orang-orang kampung yang semakin bijak!!!

Kategori: Altantuya Shaariibuu · Politik · Semasa

9 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

Tinggalkan Komen