Perlaksanaan Gaji Minimum Di Malaysia: Suatu Pandangan

Oleh: Rafzan Ramli

Sejak kebelakangan ini, kita sering terdengar dan terbaca didalam media cetak dan elektronik mengenai tuntutan agar seseorang pekerja menerima gaji minimum. Badan-badan yang berkaitan seperti Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan lantang menyuarakan tuntutan agar dasar gaji minimum dilaksanakan. Tuntutan ini dirasakan semakin releven apabila Perdana Menteri merealisasikan tuntutan CUEPACS dengan mengeluarkan kenyataannya dalam perhimpunan hari pekerja kakitangan awam di Putrajaya pada 21 May 2007 mengenai kenaikan gaji pokok dan elaun bulanan kakitangan awam sebanyak 7.5% hingga 35% yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2007. Harus difahami bahawa pengumuman kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini bukanlah satu gagasan atau dasar gaji minimum yang diperjuangkan oleh MTUC atau badan-badan organisasi yang lain.

Mengikut takrifan polisi gaji minimum yang dikeluarkan oleh “International Labour Organization” atau ILO, gaji minimum adalah satu amaun minimum yang ideal, yang harus dibayar oleh majikan kepada pekerjanya bersesuaian dengan keperluan minimum harian seseorang pekerja dan keluarganya. Kadar gaji minimum juga haruslah selari dengan keadaan ekonomi dan sosial semasa sesebuah negara. Bayaran yang dibuat adalah mengikut kadar kiraan bulanan, harian atau jam. Kira-kira lebih 90% negara di seluruh dunia mengamalkan dasar gaji minimum yang bersesuaian dengan sistem ekonomi negara masing-masing. Ada diantaranya telah menguatkuasakan dasar gaji minimum seawal tahun 1900-an. Negara Australia umpamanya telah menguatkuasakan dasar gaji minimum seawal 1904, manakala negara Amerika Syarikat pula telah mempunyai dasar gaji minimum pada tahun 1938. Dasar gaji minimum ini bukan sahaja diterimapakai di negara-negara maju, malahan ia turut dilaksanakan di negara-negara dunia ketiga seperti Korea Selatan dan Sri Lanka.

Terdapat pelbagai kebaikan sekiranya dasar gaji minimum yang ideal dan manusiawi dapat dikuatkuasakan. Jika diukur daripada takrifan polisi gaji minimum yang dikeluarkan oleh ILO, ia sangat jelas menunjukkan bahawa dasar gaji minimum dapat digunakan sebagai kunci bagi menangani masalah kemiskinan serta dapat meningkatkan pendapatan bagi pekerja yang bergaji rendah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang pekerja dan keluarganya.

Dasar ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada pekerja semata-mata, malahan ia juga memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Ini adalah kerana dasar gaji minimum boleh meningkatkan kuasa beli dan kadar belanjawan pekerja. Sebagai contoh, pekerja yang berpendapatan rendah sebelum ini, dapat memperuntukkan gajinya untuk berbelanja dan bercuti bersama keluarga. Selain itu, kebergantungan pekerja terhadap kerajaan juga akan berkurangan bilamana dengan pendapatan yang sesuai dengan keadaan semasa ekomoni serta sosial negara, maka pekerja dapat mengatasi beban kewangan yang ditanggung serta tidak bergantung kepada dasar kebajikan kerajaan semata-mata. Kesannya, pihak kerajaan mempunyai peruntukan dana yang lebih untuk disalurkan kepada sektor yang lebih mendesak serta memerlukan.

Dari perspektif hak asasi manusia pula, Perkara 23 Perisyitiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) menyatakan, setiap orang tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama. Semua orang juga berhak kepada saraan yang adil dan berfaedah yang dapat memastikan diri dan keluarganya mendapat suatu kehidupan yang wajar dan manusiawi. Justeru, dalam konteks pekerja asing umpamanya, pelaksanaan gaji minimum dapat mengelakkan eksploitasi majikan yang memberikan kadar upah yang amat rendah kepada pekerja asing seperti yang berlaku pada masa ini. Secara tidak langsung, gaji yang adil dan saksama juga menjamin seseorang pekerja itu dapat memenuhi tuntutan keperluan asasnya yang lain seperti hak terhadap tempat kediaman yang wajar, hak untuk berehat dan berekreasi serta hak kepada kemudahan kesihatan dan jaminan sekuriti sosial, ini semua merupakan hak asasi setiap individu yang harus dijamin serta dilindungi oleh sesebuah negara.

Sungguhpun dasar gaji minimum ini dikatakan banyak membawa kesan positif, terdapat juga beberapa pihak yang membantah perlaksanaan dasar ini. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) umpamanya, berpendirian bahawa penetapan gaji para pekerja di sektor swasta berkait rapat dengan prestasi syarikat. Pastinya, bagi sesebuah syarikat korporat, produktiviti serta keuntungan syarikat merupakan aspek utama yang mempengaruhi kadar penetapan gaji kakitangan mereka. Sungguhpun demikian, adakah wajar sekiranya atas dasar produktiviti dan prestasi, maka pengawal keselamatan umpamanya diberi ganjaran gaji serendah RM400 disesetengah syarikat swasta? Bagaimanakah 10.3 juta rakyat malaysia yang bekerja di sektor swasta berupaya menampung kehidupan mereka sedangkan mereka ini tidak diberikan kadar pendapatan yang manusiawi dan wajar? Bukankah ini akan hanya membunuh produktiviti para pekerja serta menurunkan minat pekerja untuk menyertai sektor swasta di negara ini. Sepertimana kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar baru-baru ini di dalam media, para majikan perlulah sensitif kepada para pekerjanya terutama sekali dengan mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang berbahaya, kotor dan sukar.

Perjuangan bagi merealisasikan dasar gaji minimum di negara ini adalah satu perjuangan yang besar dan panjang. Ia tidaklah hanya melibatkan pihak yang memberi dan merima gaji semata-mata. Ia melibatkan pelbagai pihak.Pihak yang bertanggungjawab seperti MTUC yang mewakili kelompok besar kelas pekerja haruslah memainkan peranan yang aktif dalam memperjuangkan kempen-kempen gaji minimum. Bagi memperjuangkan satu amaun gaji minimum yang ideal, MTUC sebagai contoh, haruslah melihat dan mempertimbangkan dasar ini dari pelbagai sudut. Kajian yang terperinci mestilah dilakukan sebelum mengadakan sebarang tuntutan. Hasil dari perbincangan saya bersama wakil UNISON, Dave Watson, di Scotland beberapa bulan yang lalu, beliau memberitahu bahawa perjuangan bagi merealisasikan tuntutan dasar gaji minimum di United Kingdom ini telah mengambil masa selama lebih sepuluh tahun. Ini termasuklah usaha meningkatkan kefahaman pimpinan kesatuan sekerja serta akar umbi mengenai kepentingan serta cabaran-cabaran dalam melaksanakan dasar gaji minimum. Kempen mengenai kepentingan dasar gaji minimum mestilah dilakukan secara konsisten dan haruslah tersebar kesemua lapisan masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa kajian-kajian yang terperinci haruslah dilakukan dengan melibatkan pelbagai pihak. The Scottish Low Pay Unit (SLPU), sebuah organisasi independen, merupakan antara penggerak utama usaha melobi pelaksanaan gaji minimum di sana bilamana organisasi ini telah melahirkan kajian-kajian penting yang mengaitkan isu gaji pekerja yang rendah dengan kadar kemiskinan di Scotland, lantas mengukuhkan lagi gerakan memperjuangkan dasar gaji minimum di Scotland.

. .

. Perundingan serta perbincangan yang serius bersama pakar-pakar ekonomi dan golongan intelektual serta akademik haruslah dilakukan bagi memutuskan satu anggaran siling pendapatan yang ideal bagi seseorang pekerja. Tidak hanya dengan meletakkan suatu kadar secara sembrono, perbincangan ini mestilah turut meliputi aspek-aspek yang lebih luas seperti kos sara hidup mengikut kedudukan demografi, pecahan guna tenaga mengikut kemahiran, umur dan faktor-faktor lain yang relevan.Ini adalah supaya sebarang syor mengenai dasar gaji minimum dapat diperkukuhkan agar berupaya meyakinkan pihak kerajaan bahawa dasar ini sememangnya wajar dan diperlukan di Malaysia. Perundingan dan perbincangan bersama pihak kerajaan mestilah dilakukan dengan aktif dan berterusan.

Dasar gaji minimum tidak dapat lari dari aspek perundangan. Matlamat pelaksanaan dasar gaji minimum ini mestilah direalisasikan melalui penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan. Peruntukan mengenai pembayaran gaji yang terkandung di dalam Akta Pekerja 1955 haruslah dikaji serta dipinda. Dasar gaji minimum ini pula mestilah digubal menjadi satu akta Parlimen. Adalah diharapkan agar kesatuan sekerja dapat berbincang bersama badan undang-undang seperti Majlis Peguam ke arah melahirkan dasar gaji minimum yang berkesan dari sudut perundangan. Dalam hal ini, inisiatif yang diambil oleh gerakan wanita merangka rang undang-undang alternatif bagi menangani gangguan seksual sebagai salah satu strategi untuk melobi penggubalan undang-undang gangguan seksual, bolehlah dicontohi oleh golongan pekerja dalam meneruskan usaha menggesa kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum.

Agenda dasar gaji minimum mestilah disebar secara aktif di segenap lapisan pekerja. Setiap hasil perbincangan yang dipersetujui mestilah disebarluas melalui penulisan di media. MTUC dan badan-badan lain harus bijak mendapatkan ruang di dalam media cetak dan elektronik bagi menyebarkan agenda dasar gaji minimum ini. Kesatuan sekerja yang bernaung di bawah MTUC pula haruslah menyebarkan kepada semua pekerja mengenai dasar gaji minimum dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Bagi pekerja yang tidak mempunyai kesatuan pula, mereka ini tidak harus dipinggirkan dan menjadi tugas MTUC untuk menyebarkannya kepada golongan ini. Ini adalah bagi memastikan agar perjuangan menuntut dasar gaji minimum di Malaysia tidak hanya dipelopori oleh pimpinan atasan kesatuan sekerja semata-mata bahkan perjuangan ini haruslah menyeluruh dan melibatkan semua lapisan pekerja.

Kesimpulannya, adalah menjadi satu anugerah yang tidak ternilai untuk para pekerja di negara ini jika dasar gaji minimum dapat dikuatkuasakan oleh kerajaan. Namun begitu, bagi memastikan dasar ini tidak menjadi edisi “tangkap muat” terbaru kerajaan, penguatkuasaan gaji minimum haruslah berteraskan dasar yang melindungi hak pekerja dengan mekanisme penguatkuasaan yang adil dan telus. Pelaksanaan dasar gaji minimum di Malaysia mampu mencatat satu sejarah penting dalam gerakan pekerja seterusnya menjadi nadi penting kepada perjuangan pekerja yang seterusnya.

Rafzan Ramli adalah salah seorang bekas aktivis Mahasiswa yang masih lagi dibicarakan dalam kes ISA 7.

11 responses to “Perlaksanaan Gaji Minimum Di Malaysia: Suatu Pandangan

  1. akubencipaklah

    bayangkan aku lulusan diploma politeknik, mula keje dengan basic RM600.keje dah nak masuk 8 tahun,gaji aku sekarang baru RM 1,330.adil ke tu?gaji aku ni lebih kurang je dengan orang keje gomen yang lulusan srp je (yang baru masuk keje).ni ke hasil pimpinan pak lah?berjiwa rakyat konon.rakyat yang keje gomen mmglah terbela.kami yang di sektor swasta ni camer.

    • AQ TAK SUKA TENGOK NAMA KAU NI…BENCI PAK LAH KONON…ASAL KAU BENCI DIA?? KEJE TAK BRAPA NAK GAJI TINGGI…BERADAP LA SIKIT KALAU NAK SUARAKAN PENDAPAT TU…KALAU TAK TAU APA JASA PAK LAH DIAM JE LA…DIPLOMA JE TAPI TAHAP PENGETAHUAN RENDAH SANGAT…PATUT ARH GAJI PUN CIPUT..

  2. ko penipu la……aku keje gomen ngan lulusan spm…………br je 5 bln, mn ade gaji gomen lbh RM1000 utk lulusan srp………..gaji aku pun br RM987 jer ngok!!!!!!

  3. Org kerja swasta byk yg tertindas,saya dah pernah kerja selama 17 thn,sykt gergasi dimiliki org putih,dijual kepada bumi,lepas tu dijual kpd non-bumi,antara 3 majikan tu majikan pertama cukup menjaga kebajikan kami,hari lahir dan waktu bersalin tidak pernah dilupakan dan macam2 lagi ,majikan kedua masih boleh tahan walau tidak sebaik majikan pertama tetapi majikan ketiga bermulalah episod hitam ,bagi pekerja yg dapat vss selamatlah,yg tinggal ramai yg berhenti kerana terpaksa.Janganlah harap kjaan nak membela nasib kita,mereka tak ambil pusing nasib pekerja spt kita.Tanamkan dlm diri anak-anak kita supaya mereka tidak kerja makan gaji mcm kita,suruh mereka berdikari menjadi boss sendiri bukan pekerja yg jiwanya tidak merdeka.

  4. Bayangankan kenaikan gaji ATM yg kebanyakkannya hanya lulusan SPM tetapi menikmati gaji lumayan. Contoh: Laskar Kanan (TLDM) atau koperal (TDM/TUDM) gaji pokok + elaun RM2,800 sedangkan kakitangan awam yang berijazah bermula dgn RM1900. Sungguh luarbiasa kan!!!!!!

    • HIJAU PUTIH…Anda Sebut Laskar Kanan(TLDM)atau Koperal TUDM sama laKoperal atau Sarjan Tentera Darat tu…sama taraf je. Kemahiran dan tugas je berbeza. Gaji lebih kurang sama, elaun je yg berbeza ikut kepakaran. Tau X Laskar Kanan tu ambil masa 7 ke 10 tahun?Tahu X memang dia masuk asas SPM..tapi Kursus2 Teknikal yang dia dah hadiri menyamai Persijilan Teknikal atau Diploma Teknikal?? Tau X??atau x pernah ambik tahu?? kalau dia gagal. x dapat la dia naik pangkat! PREBET…atau SAPPER atau GUNNER atau TROOPER ATM (DARAT/LAUT/UDARA) di panggil Anggota Peringkat rendah Lain-Lain Pangkat (LLP). Masuk askar kelayakan akademik SPM atau tamat je Tingkatan 5. Lepas 6 bulan latihan asas Tentera (teknik2 berperang/persenjataan/rejimental dll) dia perlu lagi hadir kursus-kursus kepakaran yang berbagai-bagai dari 2 bulan ke 1 tahun. GAJI POKOK yangditerimanya adalah P1 T2 987.76 campur ELAUN KHIDMAT Rm115, ECola 200 atau 100…dan lain-lain elaun. Kalau rasa banyak jadilah askar. Kalau raa sikit , cari kerja lain. KALAU PEGAWAI perlulah ada sekurang2nya DIPLOMA untuk pangkat Leftenan. Nak jadi KAPTEN terus kena ada IJAZAH KEPUJIAN…. so starting gaji KAPTEN +- 2184.00 than ada la lain-lain elaun… So terpulanglah…

  5. Pemuda hari ini

    Blog niee memang bodoh laaa…sapa yang tulis pun tergolong..lebih baik jgn tulis dari duk kutuk sesama sendiri.lagi korang tulis haaa lagi maju blog nie..!!!!!

  6. NI 1 LG WAT AKU MARAH.MCM NI KE PERWTAKAN PEMUDA HARI NI?KITA DLM NEGARA DEMOKRASI.LANTAKLAH NK KUTUK KE,BERBALAH KER,BER MESEJ KE, ASALKAN TIDAK MEMUDARATKAN.BUKAN NYA KITE BERBALAH PAKAI TGN KAKI,KITA PAKAI AYAT JE.ELEH..DLM PARLIMEN PN BERBALAH BERTENGKAR.BERTUMBUK PUN ADER.YG KO SDP2 MULUT JER KATE ORG BODO TU KNP.KO SDR X YG KO LBH DARI ORG YG KO KUTUK?SEKURANG2NYA MEREKA TIDAK MEMBERONTAK,MEREKA CUMA MENKRITIK YG MEMBINA.MELEPASKAN APE YG TERPENDAM DLM ATI SECARA PSIKOLOGI.X MCM KO YG BODO SOMBONG.AKU JAMIN YG KO AKN BLS MESEJ NI KERANA KO RASA MCAM D PERBODOHKAN.TIME LAH YG KO MEMG BODO.

    • dui..memang dalam sesuatu agama ada ajar begitu ka kalau mau bagi pndapat ha? tak de bro…kalau di parlimen tu berbunuh masa berbahas tu ko ikut gak la? makan taik pun ko ikut gak la? hahahaha

  7. jgn salah sangka tentang gaji atm keporal yang di komen oleh hijau putih….untuk perhatian jika dibandingkan dgn gaji tersebut,memang gaji koperal tersebut tinggi..tapi beliau hendak pencen dah service 21 tahun.itu adalah gaji koperal pencen.Jika dibandingkan dgn gaji lepasan ijazah…memang tinggi,tapi baru hendak bermula dalam arena pekerjaan.Jgn kita suka banding bandingkan dengan orang lain…mengapa ada sikap macam ini dalam masyarakat kita.Kita harus berterima kasih dengan pengorbanan yang diberikan oleh atam,kerana mereka malaysia dapat maju dan makmur.Jika terjadi di palastine…..adakah kita harus bersyukur dgn nikmat skrg…….sedarlah…

  8. This excellent website really has all the info
    I needed concerning this subject and didn’t know who to ask.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s