Suara Orang-orang Kecil

Entries from Jun 2007

PKMM?

Jun 30, 2007 · 4 komen

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan oleh penjajah British sewaktu zaman darurat. Amin Iskandar melaporkan bahawa PKMM akan dihidupkan semula. Sila klik disini. Daripada hasil risikan yang diperolehi oleh Malaysiakiri, PKMM yang akan dihidupkan semula itu, akan dijadikan persatuan terlebih dahulu dan konsepnya lebih luas. Hanya nama singkatan PKMM yang diambil tetapi diberi maksud yang berlainan. Selain daripada itu PKMM (Baru) juga dikatakan akan melancarkan penubuhannya pada 31 Ogos 2007 sempena 50 tahun Malaya dibebaskan daripada penjajahan British.

PKMM (Baru) juga dikatakan akan membawa semangat “Parti Kebangsaan Melayu Malaya” yang diharamkan lebih 50 tahun yang lalu tetapi akan diberi nafas baru. Diantara agenda PKMM (Baru) ialah untuk menghidupkan kembali semangat “Perlembagaan Rakyat” yang dibawa oleh PUTERA-AMCJA dahulu tetapi telah dinafikan oleh penjajah British yang lebih suka dengan UMNO,MCA dan MIC yang akan meneruskan legasi mereka.

Kategori: Anti Penjajahan · Malaysiakiri · Politik · Semasa

Kerjasama PDRM-CIA?

Jun 30, 2007 · 1 Komen

img_1359.jpg

PDRM menghantar FRU untuk mempertahankan Kedutaan AS.

img_1361.jpg

Anggota PDRM bersama agen CIA (lelaki yang memakai kemeja petak-petak di belakang)

Semalam (29 Jun 2007) bersamaan dengan hari Jumaat, Malaysiakiri sempat menghadiri demonstrasi pro HAMAS yang dianjurkan oleh PAS dihadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat.

Demonstrasi yang dihadiri oleh 500 orang penyokong PAS itu tidak langsung dihalang oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Daripada pemerhatian Malaysiakiri, terdapat koordinasi secara langsung oleh agen CIA (Central Intelligence Agency) dengan Special Branch Malaysia.

Sila lihat gambar diatas. Lelaki Mat Salleh tersebut merupakan agen CIA yang dihantar ke Malaysia untuk memantau secara langsung aktiviti politik didalam negara ini yang dikatakan sebagai negara majoriti Muslim yang moderan.

Malaysiakiri mengutuk sekeras-kerasnya kehadiran CIA di Malaysia. Seperti yang semua rakyat sedia maklum, CIA telah membuat banyak kerja-kerja jahat didunia. Sebelum Iraq diserang, telah ramai anggota CIA yang tinggal didalam negara tersebut selama beberapa tahun sebelum peperangan bermula.

Malaysiakiri berharap agar rakyat Malaysia yang cintakan kedaulatan negara agar bersama-sama untuk mengekang pergerakkan CIA dinegara kita. Jika anda mempunyai apa-apa artikel atau gambar mengenai pergerakkan CIA dan agen-agennya di Malaysia, sila emailkan kepada malaysiakiri@gmail.com.

Ingat! Dahulu sebelum Melaka dijajah, Portugis telah menghantar orang-orangnya untuk merisik bumi Melaka melalui alasan perniagaan. Jangan biarkan negara dijajah oleh penjajah luar mahupun oleh boneka-boneka penjajah seperti Barisan Nasional yang mendokong Perlembagaan Perseketuan yang didraft oleh penjajah British.

Kategori: Antarabangsa · Anti Penjajahan · Malaysiakiri · Politik · Semasa

Hamas atau Fatah?

Jun 28, 2007 · Tinggalkan Komen

Siapa pilihan anda? HAMAS atau FATAH? HAMAS dipilih secara langsung oleh rakyat Palestin melalui pilihanraya yang bebas dan adil. Ini diakui sendiri oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Jimmy Carter yang mengepalai kumpulan pemantau pilihanraya antarabangsa Carter Foundation sewaktu pilihanraya umum di Palestin yang lalu mengecam tindakan yang telah membelakangi demokrasi yang dilakukan oleh Presiden Mahmous Abbas apabila melantik Perdana Menteri baru sedangkan rakyat Palestin telah memilih Ismail dari HAMAS.

Jika anda bersama HAMAS, sila turun untuk bersama-sama dengan rakyat Malaysia untuk berdemonstrasi dihadapan kedutaan Amerika Syarikat pada hari Jumat ini, 29 Jun 2007 selepas solat Jumaat. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Kategori: Antarabangsa · Politik

Ada Apa Dengan Sir Salman Rushdie

Jun 27, 2007 · 5 komen

Bila Salman Rushdie dianugerahkan gelaran Sir ramai yang marah-marah. Kenapa membantah? Kononnya kerana Salman Rushdie pernah menulis buku Satanic Verses maka dia tidak layak untuk mendapat gelaran Sir. Anugerah itu umpama menghina umat Islam di seluruh dunia, kononnya.

Tetapi bila sultan-sultan di Malaysia menganugerahkan gelaran Datuk, Datuk Paduka, Datuk Seri, Tan Sri atau Tun kepada penyamun, penyangak, perompak, penipu, babi, sial, anak haram, pukimak, bahalol dan sebagainya, tidak ada pula yang turun beramai-ramai membuat demonstrasi membantah penganugerahan tersebut.

Apakah gelaran atau pangkat yang diberikan oleh sultan-sultan di Malaysia yang juga Ketua Agama Islam setiap negeri kepada penyamun, penyangak, perompak, penipu, babi, babi, sial, anak haram, pukimak, bahalol dan sebagainya itu tidak menghina umat Islam? 

Sila klik disini  http://jordan2jelebu.blogspot.com. malaysiakiri akan mencadangkan kepada Ratu Elizabeth supaya memberikan gelaran Sir kepada empunya blog ini tahun depan.

Nota: Penyamun, penyangak, perompak, penipu, babi, sial, anak haram, pukimak, bahalol adalah gelaran tertinggi yang dianugerahkan oleh malaysiakiri kepada ahli politik yang menggunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk merampas, mencuri dan merompak hak rakyat demi untuk kekayaan peribadi

Kategori: Semasa

El-Broko ditemui…

Jun 27, 2007 · 1 Komen

img_0659.jpg

Semalam (26 Jun 2006) El-Broko telah ditemui kembali ditempat dimana dia selalu bersama remaja-remaja yang mengelilinginya. Senyuman jelas terpancar dari muka remaja-remaja yang seringkali mahu melihat sentuhan tangan El-Broko melukis. Terima kasih kepada pembaca-pembaca Malaysiakiri yang membantu sewaktu El-Broko hilang.

Kategori: Ikon Remaja